Kisah Handphone Aku

Posted by ArqamIsmail | Wednesday, April 30, 2008 | | 8 comments »

Handphone sekarang bukan lagi lambang orang kaya macam dulu. Sekarang ni 1 keperluan. Semua orang wajib ada. Kalu takde, tak lengkap hidup di zaman teknologi ni beb. Sekarang ni boleh kata budak-budak sekolah rendah pun ade HP kan? Pernah gak aku tengok budak-budak sekolah rendah beli HP sendiri kat kedai. Memang kaya. Heheheh.

Sebut pasal benda alah ni, mesti korang pun ada kisah korang atau kenangan ngan HP ni. Macam aku. Macam2 kenangan aku ader. Kat sini aku nak share sikit pasal kisah HP aku.

Handphone Pertama

Aku start pakai HP masa awal 2001. Masa tu nak masuk form 4. Aku kumpul duit sendiri tu. Hahaha. Semangat giler nak pakai HP. Aku masa tu beli Ericson T10.



Naper aku beli HP ni? Sebab HP ni comel & tengah naik masa tu. Ala, bukan beli baru pun. 2nd hand jer. Kira masa ni pas dapat HP aku belagak ngan kawan-kawan aku r. Dikalangan kawan-kawan aku, aku orang 1st masa tu ada HP.

Handphone Kedua



Pas 2 bulan wat part-time as a promoter kat sebuah pasaraya pada hujung 2001, dapat gak aku beli HP idaman aku ni. Nokia 3310. Masa tu dah kira gempak r bagi sesapa yang ada Nokia 3310 ni. Canggih. Ada picture message, bole compose ringtone, boleh wat blink message, flash message dan etc. Pendek kata memang puas ati. Heheheh.

Handphone Ketiga

Nasib aku malang. Apa dosa aku, aku pun tak tahu. Nokia 3310 yang canggih tu rosak. Sedih sangat. Oleah sebab dah biasa ada HP, hidup jadik tak tenang, terus aku rembat Nokia 3210. 3 bulan kumpul duit tu.



Next, ada kawan aku berkenan ngan HP ni. Aku jual kat dia, then beli balik Nokia 3310. Nape? Dah memang fav aku nak wat caner.

Handphone Keempat

Aku pakai Nokia 3310 tu sampai diploma. Masuk sem 2, aku tuka HP. Jatuh cinta plak kat Nokia 3200. Cinta pandang pertama beb. Lagipun, HP tu ada radio, lagi la menguatkan lagi alasan aku nak tukar HP. Heheheh.



Handphone Kelima

Masuk sem 3, berkenan plak kat Nokia 3660. Pas merisik, aku nampak macam aku mampu, aku tak fikir panjang. Lepas hantar rombongan, aku terus "kahwin" ngan Nokia 3660 ni. Heheheh. Nokia 3200 tu dah trade in dah.



Alasan kali ni? Sebab HP ni pakai Operating System (OS) Symbian. So, maknanyer aku boleh tambah software per yang kurang.

Handphone Keenam

Lepas pakai dalam beberapa bulan (sowi, tak ingat), aku ubah firmware HP tu. Memula OK jer. Pas 2-3 kali wat ejas, meninggal pulak. Menduda la aku. Huhuh. Masa tu nasib baik ada Nokia 3310. Kalu tak, memang tak bergiat dah dalam bidang HP ni. Heehehe.



Pas 3 bulan, tak tahan punya pasal, aku pun angkat la Nokia N-Gage QD. Memang masa tu baru keluar. Memang bergetah beb. Err...Jangan salah faham. Bergetah tu pasal memang ada getah kat tepi HP tu. Supaya grip masa main game.

Memang puas ati HP ni. Message best gle. Game pun banyak Sound pun kuat.

Handphone Ketujuh



Sebelum grad, aku tolak N-Gage kat abang kawan aku. Kali ni aku bercinta plak ngan Nokia 3230. HP ni semua ada. Infrared, GPRS, kamera, radio, Bluetooth. Tapi sayang, bentuk dia kurang lawa.

Handphone Kelapan



Sekarang aku dah masuk degree. Hujung sem, ada plak duit lebih. Tetiba ringan plak tangan, nak beli Nokia N-Gage daripada kawan aku. Aku pun takde alasan yang kukuh masa tu.

Pas 5 bulan, baru aku paham. Rupanya Nokia 3230 dah nak sampai masanya bersara. Then, aku pun terus setia ngan Nokia N-Gage.

Handphone Kesembilan

Mungkin sebab dab bosan asyik pakai HP Symbian OS (Nokia 3660, N-Gage QD, N-Gage, 3230), aku pun beralih kepada O2 XDA II Mini. PDA Phone ni model lama dah. Aku angkat yang 2nd hand jer. Aku memang dah lama aim PDA ni.



Model ni bagus. Sebab banyak meneriman anugerah. Bukan setakat design cun, function pun power. PDA ni dilengkapi OS Windows Mobile. Banyak software boleh tambah. Aku letak macam-macam yang berkait ngan study. Puas ati.

Handphone Kesepuluh



Aku tolak O2 XDA II Mini kat kawan aku, then rembat O2 Atom Exec. Yang ni kecik sikit daripada XDA Mini tu. Smart. Tapi yang aku tak suka sebab casing dia macam bergetah. Ala, macam HP Motorola. Aku pakai kejap jer model ni.

Handphone Kesebelas



Pas tolak O2 Atom Exec tu, aku beli plak O2 Atom Life. Model ni aku paling puas hati. Semua ada. 90% Perfect. Ada 3G, HSDPA, Bluetooth, infrared, high speed processor, WiFi, support High Capacity memory card. Wat masa ni support sehingga 16GB. Aku pakai model ni la sekarang ni. Buat masa ni tak berminat kat model lain lagi. Ini yang paling best wat masa ni.

*******
Tujuan utama aku tukar-tukar handphone bukan untuk bergaya semata-mata. Aku nak belajar pasal software. Sebab aku memang minat giler bidang ni.

Kalau pasal PDA aku, dah berpuluh kali aku modified firmware. Belajar macamana nak ubag coding dengan hanya guna HEX. Memang best. Jadi, apa saja tujuan korang tukar-tukar HP, terpulang la. Yang penting puas hati.



Genius

Posted by ArqamIsmail | Tuesday, April 29, 2008 | | 1 comments »

Lets da picture talk

Aku Kena Tag

Posted by ArqamIsmail | Sunday, April 27, 2008 | 1 comments »

Aku baru 1st time kena tag. Aku di tag oleh kucing terlalu muda.

This is another of those Linky Love game where you only have to tag 10 person in one post but still there is no actual limit (you can tag more if you want!). Once tagged, you have to copy paste the link in this post, and make them grow! Do not delete any of the links and be honest to yourself!



zarilazie


menteil!!

blog menjerit


tengku

idham


r-care

shura


Miss Jebikkot

diela

nadhirah


So aku nak pass tag ni kat :

Mr Am

Nayzi

Munirah

Shepha

Hanif

Bad^FrogG

Nakira

Mahirah

Kisah Dunia

AbgFeroz

p/s: Thanx to Cattooyoung a.k.a kucing terlalu muda.

Sembunyikan Drive

Posted by ArqamIsmail | Sunday, April 27, 2008 | | 0 comments »

Pernah tak korang share PC atau laptop dengan kawan-kawan. Tapi PC tu korang yang punya. Kawan-kawan selalu guna, tapi dalam PC korang pulak ada file-file peribadi pulak. Mesti takut kantoi kan? Ha, kat sini aku nak share 1 tips dengan korang. Dengan tips ni, korang boleh sembunyikan "drive" yang ada file peribadi korang tu.


—–CARA SEMBUNYIKAN DRIVES —–

1.Klik START, RUN, taip REGEDIT dan tekan Enter. Bila Regedit keluar,

HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\Explorer

2.Buka EXPLORER tu,letak kursor kat belah kanan. Kemudian klik kanan, pilihNEW then DWORD. 1 file akan muncul. Rename file tu kepada "NoDrives"

3.Double klik file tu then ubah angka value drive mana yang korang nak sembunyikan. Refer value ni:

Drive A = 1
Drive B = 2
Drive C = 4
Drive D = 8
Drive E = 16
Drive F = 32
Drive G = 64
Drive H = 128
Drive I = 256
Drive J = 512
Drive K = 1024
Drive L = 2048
Drive M = 4096
Drive N = 8192
Sembunyikan semua = 67108863

4.Kemudian restart PC korang dan lihat hasilnya.

5.Apa, drive korang hilang?Rilek... Drive tu still ada, cuma skarang jadi "halimunan".


—–CARA ADAKAN BALIK DRIVES —–

6.Ulang balik step 1, then letak nilai "0" dekat "NoDrives" tu.

7.Kemudian restart PC korang.

Ganjaran Untuk Diri Sendiri

Posted by ArqamIsmail | Saturday, April 26, 2008 | | 7 comments »

Pernah tak korang bekerja keras tanpa henti? Tak kira la samada korang study atau wat kerja-kerja ofis. Korang ada tak cari untuk memotivasikan diri supaya semangat untuk terus wat kerja tu tak luntur?

Ni aku nak share cara aku. Aku kalu dah study non-stop (actually ayat ni sesuai untuk musim final macam skang jer), kekadang kalu tak larat, kena la bagi upah kat diri sendiri. Contoh yang aku selalu wat, ialah belanja makan kat diri sendiri.


Maksud aku, bukan makan kat tempat yang korang selalu makan. Tapi makan kat tempat yang istimewa. Apa la salahnya belanja diri sendiri? Tak rugi kan? Sekurang-kurangnya, naik la jugak semangat.

Ada Sabun Lebih?

Posted by ArqamIsmail | Friday, April 25, 2008 | | 0 comments »

Ada sapa-sapa yang ada sabun lebih tak? Nak mandi takde sabun ni. Hehehe. Saje je. Nak cerita pasal gambar ni. Aku jumpa 1 website ni, ni link dia, korang try la.

Kat website ni, korang generate apa-apa perkataan yang korang nak letak pada sabun tu.

Selepas generate, sabun tu dah ada nama aku. Heh, sebelum ni tak pernah pun mimpi nak ada sabun ada nama@jenama sendiri. Hahaha.

Einstein Puji Blog Aku?

Posted by ArqamIsmail | Friday, April 25, 2008 | | 7 comments »



















Macam tak percaye. Einstein pun puji blog aku? Hahaha. Kira best tahap dewa la best blog aku ni? Gurau je. Ni gambar yang aku edit jer. Ok x?

Musuh Dalam Selimut

Posted by ArqamIsmail | Thursday, April 24, 2008 | | 4 comments »

Kecewa. Itu yang pertama aku fikir hari ni bila dapat tau, ada kawan-kawan yang cuba nak cungkil rahsia aku. Apa rahsia tu? Rasanya tak payahlah aku cerita kat sini. Yang penting, ada antara orang sekeliling aku, yang cuba nak jaga tepi kain aku. Nak kacau ruang privasi hidup aku.

Kita masing-masing sepatutnya ada ruang hidup sendiri. So, gunakanlah ruang & masa yang ada untuk korang jalani hidup sebaik mungkin. Jangan la pulak nak kacau hidup orang.

Bengang
. Aku tak kacau pun privasi hidup korang. Aku tau korang buat apa, samada baik ke, maksiat ke, aku tau. Tapi aku hormat hidup korang, aku tak kacau korang. So, boleh tak korang hormat & bagi ruang untuk aku?

Agak kurang ajar la jugak. Semangat betol korang nak siasat pasal aku, macamlah aku ni wat salah. Siap wat team lagi nak monitor aku. Tapi, kalu korang wat team tu untuk benda berfaedah kan lagi bagus.

Anyway, aku harap korang berjaya dalam penyiasatan korang. Gambatte ne!!

Tapi, jangan ingat apa yang korang nampak tu betol. Cani la, aku akan jadikan apa yang korang fikir jadi kenyataan. Semoga korang semua berpuas hati.

Kalau salah sorang dari korang baca post aku ni, korang sepatutnya dah sedar siapa korang. Opps, lupa nak bagitau, balasan daripada aku akan tiba nanti.

Perubahan Genre Penulisan

Posted by ArqamIsmail | Wednesday, April 23, 2008 | | 2 comments »

Selepas wat beberapa survey, aku dapati, genre blog aku tak sesuai untuk kawan-kawan aku. Ada la aku tanye 2-3 org pasal blog aku. Pas aku tunjuk blog aku kat diorg, baru aku sedar, interface tak la jadi tatapan utama diorang. Yang penting, ISI.

"Adik" aku pun tak paham per isi blog aku. Agak kelakar. Pastu cakap, "Blog ko high level la, susah aku nak paham". Memula aku tak kisah, sbb ayat tu macam gurau. Pas tunjuk kat sorg lagi kwn aku, dia pun tak paham. Hahahah. Btol la tu, ada masalah ngan isi blog aku. Then, aku letakkan diri aku sebagai pembaca, betol gak. Tak semua org paham per yg aku paham. Skang aku ngah fikir r per la tajuk@tema yg sesuai untuk jiwa aku.

Hmmmm... Nampaknya take time sket la pas ni untuk aku post. Nak cari isi yg kawan-kawan aku paham. Ataupun aku yg nk share per yg aku tau ni, kena la explen dlm ayat yg senang. Terpaksa la aku survey kat blog-blog kat internet ni. Ok, doakan aku cepat-cepat dapat genre baru.

Test Your Personality

Posted by ArqamIsmail | Monday, April 21, 2008 | | 0 comments »

Click to view my Personality Profile page

I've done my personality test. Visit MyPersonality ,and share your results. Beside blog, you also can post your result at Friendster, My Space & etc. Well, the test came out with telling me as "Strategist & Intellectual". Cool eh.

Hide Blogger Navigation Bar

Posted by ArqamIsmail | Sunday, April 20, 2008 | | 1 comments »

M emula aku wat blog kat Blogger.com, aku agak menyampah sbb ader navigation bar. So, aku godek2, cari info, last2 jumper gak caner nak ilangkan "masalah" ni.



Cara nak setelkan senang jer. Login blog korg, gi kat Layout>Edit HTML. Dan edit script yg aku highlight supaya jadik macam dalam gambar dibawah. Jgn lupa sebelum edit, save dulu template korg. Wat la "Backup". Kang jadik pape, takde la nak nyesal.














Lepas dah ubah, save, and try view blog korg. Selamat mencuba.

My Pic in newspaper (Kosmo)

Posted by ArqamIsmail | Tuesday, April 08, 2008 | | 0 comments »



Tak sangka, ada gak gamba aku kat paper (walaupun kepala jer). Bangga beb. Memula aku tak tau. Nasib baik Din & Daniel (housemate aku) perasan gambar aku dalam tu.

Walaupun tak rasa caner jadik "pemenang" untuk pertandingan Cisco ni, tp at least ader kenangan. Hehehe.

Dipetik dari Kosmo 8 April 2008

Cisco Networking Skill Competition 2008

Posted by ArqamIsmail | Tuesday, April 08, 2008 | | 0 comments »


Pertandingan Cisco terbesar

Bertujuan melengkapkan diri pelajar dengan kemahiran sewajarnya, Pertandingan Kemahiran Rangkaian Cisco 2008 nyata memberi banyak manfaat kepada setiap pesertanya.



MENCUBA kemahiran pelajar dalam aplikasi rangkaian.

PARA peserta Pertandingan Kemahiran Rangkaian menyelesaikan kerja kumpulan.


PEMENANG pertama setiap kategori, dari kiri Kumpulan Tati, Kumpulan MMUCyber.B dan Kumpulan Skillz.


MEMEGANG status selaku peneraju dalam perkhidmatan rangkaian (networking), Cisco Malaysia baru-baru ini menganjurkan Pertandingan Kemahiran Rangkaian Cisco 2008 yang berlangsung di Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor.

Pertandingan yang melibatkan mahasiswa institusi pengajian tinggi dari seluruh negara itu dikendalikan oleh pihak Cisco Malaysia Academy Council. Ia bertujuan mengenal pasti dan mencungkil bakat pelajar dalam menyelesaikan permasalahan yang timbul daripada aspek rangkaian.

Selain memberi peluang kepada pelajar menyertai program Cisco Networking Associate atau NetAcad, pelajar juga berkesempatan mentransformasikan pengetahuan teoritikal mereka kepada kemahiran yang berbentuk praktikal.

Pada masa yang sama, ia mencipta satu platform agar pengetahuan dan kecekapan peserta dapat dikenal pasti, meningkatkan keyakinan diri serta nilai sebelum menyertai tenaga kerja dalam sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Ia dibahagikan kepada tiga kategori iaitu peringkat diploma, ijazah sarjana muda dan terbuka. Bagi tahun ini, kategori terbuka ditambah bagi para pelajar yang berjaya menyempurnakan kesemua empat modul yang ada dalam kurikulum Cisco Certified Network Associate (CCNA) di bawah NetAcad.

Pertandingan yang sudah memasuki edisi ketiga ini berjaya menarik penyertaan seramai 255 pelajar yang mewakili 88 buah pasukan. Berbanding jumlah penyertaan seramai 147 pelajar (49 pasukan) pada tahun lalu, peningkatan sebanyak 80 peratus pada tahun 2008 telah menjadikan Cisco sebagai pertandingan rangkaian terbesar di Malaysia.

Tidak tertumpu kepada golongan pelajar sahaja, pertandingan sebegini turut menjadi sesi memahirkan diri buat para pegawai di Cisco. Malah, para pensyarah juga diberi galakan untuk membincangkan tentang trend terkini dalam teknologi rangkaian serta mengajar kurikulum terbaru bagi memastikan kualiti pengajaran adalah konsisten.

Lebih menarik lagi, pertandingan kali ini mendapat sokongan padu daripada pelbagai peneraju industri ICT dan badan-badan korporat. Antaranya ialah Multimedia Development Corporation (MDeC) yang menjadi penaja utama, selain syarikat seperti Datacraft, HP, Getronics dan Global Knowledge.

Pengarah Urusan Cisco Malaysia, Kumaran Singaram, menyatakan bahawa komuniti pelajar kini benar-benar menyedari mengenai pentingnya meningkatkan kemahiran bagi menduduki peperiksaan dan pertandingan seperti ini.

"Pertandingan ini adalah sebahagian daripada sistem keseluruhan dalam membangunkan set-set kemahiran dalam kalangan graduan universiti. Kami percaya, ilmu yang ada pada pelajar ini tidak cukup, jadi mereka mesti memiliki kemahiran-kemahiran tertentu yang menyokong kelayakan universiti.

"Justeru, Cisco mahu graduannya mudah mendapat pekerjaan, apatah lagi industri memerlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi untuk menyertai mereka. Pemain industri mahukan graduan yang mempunyai pengkhususan dalam sesuatu bidang sama ada rangkaian, pangkalan data atau aplikasi," katanya yang berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan pelbagai entiti bagi memastikan penganjuran ini berjaya.

Cisco kini juga dalam usaha membawa kelayakan tertinggi iaitu Cisco Certified Inter Networking Expert (CCIE) ke pasaran yang seakan setaraf ijazah kedoktoran dalam bidang rangkaian.

"Kami kagum dengan standard, semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh setiap peserta. Cisco menetapkan standard yang sangat tinggi. Jika para pelajar mampu memenangi pertandingan ini, maka kemampuan mereka tidak jauh bezanya dengan pelajar di UK, Amerika, Jepun atau negara Timur Tengah," tambah Kumaran.

Salah seorang juri pertandingan yang juga Pengurus Kejuruteraan Sistem bagi Perniagaan dan Sektor Awam Cisco Malaysia, Lim Char Boo memberitahu jurang antara pemenang dengan peserta yang mendapat markah rendah begitu ketara.

"Kebanyakan soalan yang diberi adalah sebahagian daripada apa yang ada dalam makmal CCIE, jadi adalah perlu bagi pelajar untuk maju ke peringkat seterusnya dan tidak hanya statik di tahap CCNA sahaja.

"Tidaklah terlalu sukar untuk menentukan pemenang kerana jawapan kepada soalan-soalan yang dikemukakan kepada peserta adalah jelas," katanya ringkas.

Sementara itu, Ketua Pegawai Informasi, UiTM, Profesor Madya Dr. Mat Ikram Yusuf menyatakan pertandingan sebegini sememangnya amat dialu-alukan kerana ia mampu menilai tahap kemahiran sebenar pelajar.

Jika ia dilakukan setiap tahun, testimoni yang diperoleh oleh pelajar melalui pertandingan ini bukan sahaja membantu mereka memperoleh sijil kemahiran dalam bidang rangkaian, malah sebagai satu persediaan pertama sebelum menempuh cabaran mendapatkan sijil-sijil kemahiran di peringkat lebih tinggi.

"Saya percaya pertandingan ini menyediakan cabaran kepada pelajar tentang apa yang bakal mereka tempuhi dalam industri. Soalan dan kajian kes yang diajukan dalam ujian juga adalah sesuatu yang boleh dijangka di tempat kerja sebenar," kata Ikram.

Setelah sehari suntuk menyelesaikan masalah yang diberi, para pemenang pertandingan ini diumumkan dalam satu majlis cukup ringkas, tetapi memberi penuh makna kepada semua peserta.

Perlu maklum bahawa semua peserta ini adalah kumpulan terbaik yang dipilih oleh universiti menerusi ujian khas yang telah dijalankan, sebelum dapat menjadi wakil institusi pengajian masing-masing.

Bagi pasukan yang menggelarkan diri mereka sebagai MMUCyber.B dari Universiti Multimedia (MMU), penyertaan kali kedua ini nyata memberi tuah.

Dinobatkan sebagai pasukan terbaik keseluruhan, pasukan yang dianggotai oleh Kho Dao Bin, 20, Tan Wee Chun, 21, dan Siew Voon Fei, 21, percaya bahawa latihan yang dijalankan di bawah bimbingan para pensyarah MMU banyak menyumbang ke arah kejayaan tersebut.

"Kami tidak mahu mengecewakan pensyarah yang banyak memberi tunjuk ajar selama ini. Sebab itulah kami cukup serius ketika latihan. Semasa pertandingan berlangsung, kami mempunyai pelan kerja dan semua tugas dibahagikan sebaik mungkin. Kejayaan ini juga banyak dibantu oleh pengalaman yang dikutip pada pertandingan tahun lalu," kata Kho Dao Bin.

Menurut Wee Chun, manfaat paling besar yang diperolehnya ialah pengalaman bertanding dengan rakan-rakan dari universiti lain.

"Untuk berjaya, kami perlu menseimbangkan antara pembelajaran teori dan latihan praktikal. Bagi saya, formula kemenangan ialah setiap ahli pasukan mestilah memberi sokongan padu dan bekerjasama rapat antara satu sama lain.

"Selain itu, dengar nasihat pensyarah kerana mereka mempunyai banyak pengalaman dalam membimbing pelajar memasuki pertandingan," jelas Wee Chun, sambil menyatakan mereka terpaksa menjalani latihan intensif selama lebih dua bulan.

Mengakui bahawa pertandingan ini cukup mencabar, Voon Fei memberitahu para juri sering tampil dengan sesuatu cabaran yang tidak dijangka. Misalnya, salah seorang rakan pasukan 'dikeluarkan' dan dua orang lagi terpaksa menyempurnakan tugasan yang masih belum selesai.

"Kami terpaksa menyesuaikan diri dan menukar strategi dengan pantas. Itu belum dicampur dengan masalah kekangan masa ketika menjalankan sesi praktikal.

"Sememangnya pertandingan satu medan latihan yang sangat baik untuk menajamkan kemahiran sedia ada. Apa yang paling penting bukanlah kemenangan, tetapi ilmu yang dikutip sepanjang pertandingan ini," kata Voon Fei sambil memegang trofi di tangannya.