Hari ini kita belajar akan belajar tentang perkataan maaf (Sumimasen). Perktaan ini boleh digunakan untuk pelbagai situasi yang berbeza.



Japanese Language (4)
Posted by ArqamIsmail | Wednesday, May 28, 2008 | Japanese Lesson | 5 comments »P
erancangan agenda dan waktu yang ditulis pada kertas sudah ketinggalan zaman. Sebagai alternatifnya, organizer elektronik yang disebut PDA (Personal Digital Assistant) digunakan. Memang sedikit leceh kalau untuk masukkan something dalam PDA, tetapi bila anda ingin mengubahnya, maka PDA akan menunjukkan kelebihannya. Pengelolaan data yang besar dapat dilakukan oleh PDA tanpa masalah, dengan adanya fungsi pencarian dan penyusunan alfabet. So, sebarang janji temu, contact atau alamat amat senang dicari. Itu adalah salah 1 fungsi yang paling penting dalam sesebuah PDA. Selain basic daripada basic function di atas,PDA juga dilengkapi dengan MP3 Player, Games, Internet browsing, Chatting, membaca E-book, kamera digital, ataupun menggunakan GPS.
Di pasaran PDA terdapat pelbagai jenis sistem yang digunakan pada PDA. Dimana ada PDA dengan input keyboard atau dengan input tulisan tangan(touch screen). PDA dengan input keyboard biasanya mempunyai fizikal yang lebih besar dibandingkan dengan PDA yang menggunakan metode tulisan tangan. Selain itu PDA juga menggunakan pelbagai jenis Operating System (OS), antara lain Palm, Psion, EPOC (Symbian), Windows Mobile, dan OS yang dibuat khusus (system operasi proprietary).
Sejarah
PDA pertama kali diperkenalkan oleh Psion, dengan Psion 1. Psion 1 dapat menyimpan alamat dan nombor telefon, mempunyai kalendar, jam dan kalkulator.
Kemudian Apple dengan Apple Newton Message Pad di awal tahun 1993. Walau masih cukup besar dan kurang selesa ditangan, ia merupakan perintis era PDA. Tetapi dalam perkembangannya Apple Newton tidak berjaya dipasaran, sehingga berakhir pada tahun 1996,
U.S. Robotic memperkenalkan Palm Pilot yang dalam waktu yang singkat dapat menguasai pasaran. Konsep dari Palm Pilot yang kecil, ringan dan OS mudah digunakan menjadi salah satu factor kejayaannya .
Selain itu Psion tidak mengalah dan mengeluarkan OS yang bagus iaitu (EPOC, sekarang Symbian) dan mempunyai fungsi lebih banyak jika dibandingkan Palm Pilot yang hanya difokuskan pada penggunaan perancangan (organizer). Dengan GUI (Graphic User Interface) dan fungsi mirip Windows sehingga pengguna senang menggunakannya.
Microsoft pun taknak kalah dengan mengeluarkan OS Windows Mobile sebagai OS PDA-nya. Pada Windows Mobile juga terbahagi atas dua jenis iaitu Windows Mobile Standard untuk smartphone dan Windows Mobile Professional untuk Pocket PC (touch screen).
Dalam semua jenis OS yang digunakan di PDA, hanya OS Windows Mobile-lah yang memerlukan lebih banyak memori dan prosesor yang lebih cepat. Hal ini kerana konsep yang diterapkan oleh Microsoft dalam membuat PDA seolah-olah PC. Sehingga Windows Mobile mempunyai fungsi hampir sama seperti kemampuan sebuah PC. Dimana pada Windows Mobile juga ada Pocket Office seperti Word, Excel, Outlook, Internet Explorer dan sebagainya.
Tahukah anda apa itu Ubuntu? Aku pasti ramai daripada anda tak tahu kan? Ok, kat sini aku nak cerita sikit apa kejadahnya Ubuntu ni.
Pengenalan
Berasaskan kepada sistem linux dan bersumberkan Debian, Ubuntu merupakan sebuah sistem pengendalian atau sistem operasi komputer sebaris dengan Windows keluaran Microsoft dan
Mac OSX keluaran Apple. Nama “Ubuntu” berasal dari perkataan Zulu yang membawa maksud “Kemanusiaan Untuk Semua”. Tidak susah untuk mencari sebab mengapa nama “Ubuntu” berasal dari bahasa Afrika kerana pengasas Ubuntu merupakan kelahiran Afrika Selatan. Dia yang saya maksudkan ialah Mark Shuttleworth, seorang jutawan perisian yang mendermakan keringat, idea dan penajaan untuk sebuah sistem operasi percuma menerusi syarikat Canonical
kepunyaannya sendiri.
Sejarah
Ceritanya bermula apabila Mark Shuttleworth mengumpulkan penggiat perisian sumber terbuka sekitar tahun 2004 untuk membangunkan sebuah sistem operasi berasaskan linux yang baru. 6 Bulan kemudian, terbitlah hasil pertama mereka memakai nama Warty Warthog bernombor siri 4.10 yang melambangkan tahun (4=2004) dan bulan (10). Dalam tempoh 2 minggu sahaja selepas 4.10 dikeluarkan, Ubuntu mampu menarik sehingga 3000 pembangun dan penyumbang idea untuk memantapkan lagi versi seterusnya.
Janji
Pembangun Ubuntu berjanji:
Versi
Sehingga ke detik ini sudah 8 kali Ubuntu mengalami versi update. Antaranya ialah:
**Petikan ini dipetik dari E-Maj Ubuntu for Malaysian oleh http://melayubuntu.blogspot.com
***Untuk mendapatkan E-Maj Ubuntu for Malaysian, anda bolehlah download terus daripda blog Ubuntu diatas, ataupun :
E-Maj Ubuntu for Malaysian
Panduan Install Ubuntu
***Sama-sama kita memberi sokongan kepada penulis E-Maj tersebut. Semoga generasi Ubuntu akan bertambah di Malaysia.
Japanese Language (3)
Posted by ArqamIsmail | Thursday, May 22, 2008 | Japanese Lesson | 5 comments »Kat sini ada beberapa video tutorial Bahasa Jepun(Nihon-Go) yang agak menarik untuk dikongsi bersama.
Pretty Lesson 1
Pretty Lesson 2
Pretty Lesson 3
Pretty Lesson 4
Pretty Lesson 5
Pretty Lesson 6
Ha, aku rasa cukup la tu. Malas tol nak upload. So, harap korang semua enjoy video tu, jangan lupa hafal skali tau.
Japanese Language (2)
Posted by ArqamIsmail | Wednesday, May 21, 2008 | Japanese Lesson | 6 comments »Ini adalah koleksi SMS aku. Kalu korang ada SMS yang ,menarik, share la. Mesej 33 Mesej 34 Mesej 31 Mesej 32 Mesej 29 Mesej 30 Mesej 27 Mesej 28 Mesej 25 Mesej 26 Mesej 23 Mesej 24 Mesej 21 Mesej 22 Mesej 19 Mesej 20 Mesej 17 Mesej 18 Mesej 15 Mesej 16 Mesej 13 Mesej 14 Mesej 11 Mesej 12 Mesej 9 Mesej 10 Mesej 7 Mesej 8 Mesej 5 Mesej 6 Mesej 3 Mesej 4 Mesej 1 Mesej 2
6 SiFaT MaHMuDaH, HiNDaRi BuRuK SanGKa
Posted by ArqamIsmail | Saturday, May 17, 2008 | My Life, PersonalSifat mahmudah:
*Cukup apa yang diberikan
*Tidak pentingkan duniawi
*Menyimpan rahsia
*Lambat marah
*Berani
*Pemaaf
Hindari Sifat Buruk Sangka
PERBUATAN memburuk-burukkan seseorang tanpa mengetahui kebenaran tuduhan dan prasangka itu adalah sifat terkeji. Mereka yang melakukannya adalah dari kalangan yang tidak mencintai keharmonian dan kesejahteraan hidup.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
Dalam hadis itu, Baginda mengingatkan umatnya agar sentiasa menjauhi diri daripada terjerumus ke dalam perbuatan keji. Kesan perbuatan itu membawa kepada berlakunya budaya penyebaran surat layang dan fitnah memfitnah dalam masyarakat.
Perbuatan bersangka buruk terhadap orang lain timbul daripada perasaan tidak puas hati dan dengki khianat. Ia melambangkan betapa rendahnya moral si pelaku. Mereka sanggup menghancurkan maruah orang lain dengan menolak segala pertimbangan dan rasional akal yang dianugerahkan Allah kerana diri dikuasai nafsu marah dan dengki khianat berpanjangan.
Kalau pun sesuatu tuduhan itu ada kebenarannya, orang yang mengambil kesempatan berbuat demikian perlu mengadakan bukti kukuh dan munasabah bagi membuktikan kebenarannya. Ia bukan dengan mengada-adakan cerita yang dibawa dari mulut ke mulut untuk dijadikan modal menyebarkan wasangka buruk dan tuduhan palsu kepada seseorang.
Akibat daripada perbuatan itu, perasaan dendam akan terus berpanjangan antara yang menuduh dan yang kena tuduh. Mereka ingin membuktikan tuduhan yang dibuat adalah benar dan orang kena fitnah pula ingin membuktikan dia tidak bersalah.
Allah berfirman bermaksud:
"Wahai orang beriman, jika datang kepadamu orang fasik yang membawa berita, maka periksalah dengan teliti kebenarannya agar kamu tidak menimpakan musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesali perbuatan kamu itu." (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Islam juga melarang umatnya daripada sikap suka mengorek rahsia orang lain. Peribahasa Melayu ada menyebut, ‘jangan jaga tepi kain orang’.
Tetapi, dalam beberapa hal yang membabitkan berlakunya kebatilan dan perkara sumbang dalam masyarakat yang mengundang kemudaratan kepada ajaran agama, maka dibolehkan untuk berbuat demikian.
Tujuannya untuk menegahnya agar tidak terus menular dalam hidup bermasyarakat. Apa yang berlaku dalam masyarakat hari, perbuatan mencari rahsia orang lain bukan bertujuan menegah daripada berlakunya perkara sumbang.
Sebaliknya, bagi mendapatkan rahsia keaiban orang. Ia kemudian dijadikan modal untuk memburuk-burukkan orang itu. Islam menuntut umatnya agar menyembunyikan keaiban orang lain walaupun mengetahuinya. Hal ini kerana Allah akan menyembunyikan keaiban kita dari terhebah kepada orang lain.
Antara sifat manusia yang suka menyebarkan khabar angin dan fitnah adalah hasad dengki dan iri hati. Hasad dengki dalam definisi yang lengkap membawa maksud mencari jalan atau ikhtiar untuk menghilangkan nikmat yang ada pada orang lain.
Rasulullah bersabda bermaksud:
"Berhati-hatilah kamu terhadap hasad dengki kerana ia boleh merosakkan amal kebaikan kamu seperti api memakan sekam." (Hadis riwayat Muslim).
Sikap itu mungkin membawa kepada keadaan lebih buruk apabila timbul sikap benci membenci, tuduh-menuduh, caci-mencaci dan akhirnya perbalahan dan boleh mencetuskan pembunuhan. Sekiranya tidak ada orang yang sanggup menjadi perantara untuk melerai permusuhan daripada sifat berburuk sangka, penyebaran khabar angin, fitnah serta hasad dengki, tentu membawa kepada berlakunya perkara lebih buruk. Ia boleh meruntuhkan maruah dan peradaban manusia.
Dalam hal ini, kesabaran menjadi asas utama bagi mengelakkan hal yang lebih besar melanda manusia. Bagi mengelakkan diri terbabit dengan sifat keji itu, eloklah beramal dengan beberapa ciri sifat mahmudah seperti disarankan Imam al-Ghazali iaitu:
*Al-zuhd (tidak mementingkan duniawi).
*Kitmanus-sir (menyimpan rahsia).
*Al-hilm (lambat marah).
*As-syajaah (berani).
*Al-iffah (pemaaf).
Rasulullah bersabda bermaksud:
Japanese Language (1)
Posted by ArqamIsmail | Saturday, May 17, 2008 | Japanese Lesson | 6 comments »Atas permintaan chrySalise supaya tutorial Bahasa Jepun (Nihon-Go) dibuat. So, Salise, Selamat Datang ke Sudut Bahasa Jepun (Nihon-go Gakuen).
Final dah abis. Tajuk Final Year Projek dah ada. Supervisor dah ada. HP baru dah ada. Per lagi yang tak lengkap eh? Alamak, restu parents (japanese:ryoshin) plak takde. Jap, nak g beli tiket jap.
Ha, tiket dah ada. Ok, sok aku nak BALIK. Yeeeee...tak sabarnyer nak balik. Nak sembang ngan abah, umi n adik2 aku. Nak makan puas2 masakan umi. Rindu. Dah 2 bulan stengah aku tak balik.
So, sempena cuti, mungkin blog ni tak update kot. Sebab kat umah xde tenet. Nak g CC plak malas.
Papehal, to all my frens & blogger, selamat meneruskan hidup. Heheheh. Taktau nak wish aper. Tapi yang penting, jgn lupa lawat blog aku. Hahahaha
S
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berdebar-debar di hatinya.
Si ibu mengambil pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
Air mata si anak berlinang setelah membaca. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, "Saya Sayang Ibu". Kemudian si anak mengambil pen menulis 'Telah Dibayar' pada mukasurat yang ditulisnya.
Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya,
Share, Watch & Play Videos in IM Chat Window YM
Posted by ArqamIsmail | Thursday, May 08, 2008 | Tips | 0 comments »OK, korang biasa guna YM kan? Tau x korang ngan teman-teman korang boleh tengok video yang sama semasa YM?
Korang boleh share video dari Youtube, Yahoo Video, atau Google Video. Menarik tak? Kalau korang berminat, memula korang kena download plugin Zync Plug-in. Dengan plugin ni, korang dan kawan-kawan orang (x kisah la korang ngan gf @ bf korang) tengok video yang sama sesambil chat.
Tapi caner nak gunakannyer? Meh aku nak ajar.
1st, korang ambik URL Video tu (http://.....) yang korang nak share ngan kawan dari website, than taip "watch [video URL]" dalam text box YM korang, then tekan button send.
Contohnya: watch http://video.yahoo.com/video/play?vid=329037 .
Sekarang, video yang tengah play dalam YM korang dalam masam yang sama akan play kat YM kawan korang.
Kesimpulannya : Plugin ni sangat menarik jika korang nak buat discussion pasal sesuatu yang base on video. Contohnya bagi orang penggemar file.
iPhone Will Support Chinese in Firmware 2.0
Posted by ArqamIsmail | Tuesday, May 06, 2008 | iPhone | 0 comments »Gajet-gajet kecik ni datang dalam pelbagai saiz. Biasanya dari 256MB hingga ke 16GB. Walaupun sesetengah orang hanya gunakan gajet ni untuk memindahkan file, tapi tak bermakna ia tak perlu fancy. Jom kita tengok.
bad^frogg | nakira | kelat | nanonano | kucingterlalumuda | mr Am | blogmenjerit | bendaaneh | tarannum-download | DewiHati | shaxx | framestone | chrySalise | AlongArman | Munirah | DieyLa | idham | nana | selvaah | boooolaattt | rendah diri | filmasia | teknikpc | Kreuger | ecahkoop | mie | jalanjalanmakanmakan | komandotrg | Nabil Malaysia | Afdlin Shauki | de-malaysian | Anysz Sengalnerdz | MissNaem |











