S
eorang anak berjumpa dengan ibunya yang sedang sibuk di dapur menyediakan hidangan makan tengah hari lantas memberikan ibunya sekeping kertas. Si ibu mengelap tangan nya lalu mengambil kertas tersebut daripada anaknya.
Pada kertas tersebut tertulis:
Kos upah membantu ibu
1. Kos pergi ke kedai RM2.50
2. Kos tolong jaga adik RM3.00
3. Kos membuang sampah RM4.50
4. Kos menyiram bunga RM2.00
5. Kos menyapu sampah RM 3.00
Jumlah : RM15.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berdebar-debar di hatinya.
Si ibu mengambil pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1. Kos mengandungmu 9 bulan - PERCUMA
2. Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3. Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4. Kos kerunsingan kerana bimbangkan kamu - PERCUMA
5. Kos menyediakan makan minum dan keperluanmu - PERCUMA
Jumlah : PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, "Saya Sayang Ibu". Kemudian si anak mengambil pen menulis 'Telah Dibayar' pada mukasurat yang ditulisnya.
Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya,
"Wahai Rasulullah,siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku? "Rasulullah menjawab, "Ibumu" (dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu kemudian saudara-saudara terdekatmu."Subhanallah betapa besar kasih sayang seorang ibu sejak mengandung kita selama 9 bulan sampai sekarang ini... seorang ibu tidak pernah meminta balasan atas semua yang telah beliau berikan, tapi apa balasan yang beliau terima dari kita, anak-anaknya.
sedih sesangat baca... :|