Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek tetap akan meneruskan hasrat untuk berdebat dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai harga minyak pada 15 Julai ini.
Menurutnya, beliau tidak akan berganjak dan tetap menerima pelawaan debat itu walaupun mendapat tentangan daripada pelbagai pihak.
Beliau menegaskan, sebagai Menteri Penerangan, adalah wajar baginya mempertahankan keputusan tepat kerajaan dalam menangani kenaikan harga minyak.
‘‘Apa salahnya saya mempertahankan tindakan kerajaan selain itu juga ini akan memberi peluang kepada rakyat untuk menilai sendiri apakah benar Anwar mampu menunaikan janji menurunkan harga minyak jika beliau memerintah,’’ katanya.
Beliau mengulas desakan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang menggesa Ahmad Shabery membatalkan hasrat berdebat dengan Anwar yang dijadual disiarkan secara langsung menerusi RTM.
Debat bertema “Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak” anjuran portal berita Agenda Daily dijadualkan diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini.
Ahmad Shabery dan Anwar telah mengesahkan penyertaan mereka dan debat itu juga mungkin disiarkan secara langsung oleh beberapa stesen televisyen.
Penyertaan dua tokoh tersebut telah disahkan oleh Pengarang Agenda Daily, Hanafiah Man.
Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata, debat itu turut memberi peluang kepada seluruh rakyat untuk menilai hakikat sebenar janji-janji yang ditabur oleh Anwar.
‘‘Di sinilah rakyat akan mengetahui apa logiknya tindakan akan dilakukan oleh Anwar untuk menurunkan harga minyak sedangkan harga minyak mentah dunia semakin melonjak naik,’’ katanya lagi.
**Debat ni akan diadakan pada 15Julai di RTM secara langsung
**Sama2 kita saksikan. (Aku sokong "A" kot) 
Am i in LOVE? Oh My God !!!!
Never Have I Fallen
Your lips speak soft sweetness
Your touch a cool caress
I am lost in your magic
My heart beats within your chest
I think of you each morning
And dream of you each night
I think of your arms being around me
And cannot express my delight
Never have I fallen
But I am quickly on my way
You hold a heart in your hands
That has never before been given away
K
orang tau ape tu W.A.N.I.T.A ? Tau keistimewaan diorang? Xtau? Ish..ish..Check it out...
1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat dari lelaki.
2. Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1000 orang lelaki
yang soleh.
3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya
seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah.
4.Barang siapa yang membawa hadiah ( ole-ole ) lalu diberikan
kepada keluarganya, hendaklah mendahulukan anak perempuannya daripada anak lelaki.
5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama
Rasulullah SAW didalam syurga.
6. Barang siapa mempunyai 2 atau 3 anak perempuan, atau 2 atau 3 saudara wanita lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa dan tanggung jawab maka baginya adalah Syurga.
7. Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak
wanitanya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan
menjadi penghalang baginya dari api neraka ( Aisyah r.a. ).
8. Syurga dibawah telapak kaki Ibu
9. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-
pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga, maka masuklah dari pintu yang dikehendaki.
10. Wanita yang taat akan suaminya serta menjaga solat dan puasanya, semua ikan-ikan dilaut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama dia taat pada suaminya dan direlakanya.
Minyak : Lu Pikir La Sendiri
Posted by ArqamIsmail | Tuesday, June 10, 2008 | My Life, Personal | 8 comments »Harga minyak naik lagi? Aduh, aku yang sedang belajar ni pun rasa efek dia. Kalu parents aku & kawan2 aku yang dah dah keje caner la pulak kan?
Pehal la minyak asek naik jer? Cuba korang fikir. Sejak negara kita bertukar PM, minyak asek NAIK jer. Aku cukup bengang. Bila minyak naik, for sure harga barang naik (bn).... Tapi gaji xnaik...
Yang aku rasa paling bodoh, bila kerajaan nak naikkan harga minyak, tapi tak bagi peniaga naikkan harga barang. Apa ke bodoh sangat? Bila minyak naik, kos pengangkutan, pengurusan untuk sesuatu operasi perniagaan sudah tentu meningkat.
Aku pernah berbincang pasal topik ni dengan saudara-mara aku (ada antaranya mahasiswa, professor dan pensyarah universiti), rata mereka berpendapat, kerajaan tak mampu uruskan kewangan dengan baik.
Bila diorang tak wat keje elok2, kita sebagai rakyat menjadi mangsa.
Yang lagi bengangnyer, minyak naik, barang naik, taraf hidup pun terus meningkat...Tapi, gaji tak naik, pinjaman untuk student pun sama jer....
Kat bawah ni ada gambar perbandingan harga minyak... Negara kita pun pengeluar minyak. Bak kata Nabil (Raja Lawak), "Lu Pikir La Sendiri"...
1
st,nak mintak maaf kat Krueger , sebab lambat balas tag dier yang ini. Disini aku sertakan alasan2 yang sangat kukuh kenapa tag beliau dibalas lambat.
Cani:
So, mangsa 1st aku kali ni adalah miss naem. Cik Naemah, harap awak dapat setelkan... Mangsa seterusnya akan di update nanti...Hehehehe
**Kepada "mangsa2", sila rujuk sini.
***Note: Nasib baik rini ada tenet dan agak stabil connection. Gile lama cuba post tag ni.
Maaf buat semua kawan-kawan
sebab tak update blog. Bukan taknak update. Tapi internet connection SANGAT2 tak stabil. Kejap ada, kejap takde.... Biasa la, aku ni menumpang internet org. Hahaha... Ekceli guna WiFi yang tak secure. Hehehe. So, harap kawan2 paham. Time aku dah ada idea, internet lak takde. Tag dari Krueger pun aku xle nak post lagik. Benda awal2 dah setel. Sowi bro.....
6 SiFaT MaHMuDaH, HiNDaRi BuRuK SanGKa
Posted by ArqamIsmail | Saturday, May 17, 2008 | My Life, PersonalSifat mahmudah:
*Cukup apa yang diberikan
*Tidak pentingkan duniawi
*Menyimpan rahsia
*Lambat marah
*Berani
*Pemaaf
Hindari Sifat Buruk Sangka
PERBUATAN memburuk-burukkan seseorang tanpa mengetahui kebenaran tuduhan dan prasangka itu adalah sifat terkeji. Mereka yang melakukannya adalah dari kalangan yang tidak mencintai keharmonian dan kesejahteraan hidup.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
Dalam hadis itu, Baginda mengingatkan umatnya agar sentiasa menjauhi diri daripada terjerumus ke dalam perbuatan keji. Kesan perbuatan itu membawa kepada berlakunya budaya penyebaran surat layang dan fitnah memfitnah dalam masyarakat.
Perbuatan bersangka buruk terhadap orang lain timbul daripada perasaan tidak puas hati dan dengki khianat. Ia melambangkan betapa rendahnya moral si pelaku. Mereka sanggup menghancurkan maruah orang lain dengan menolak segala pertimbangan dan rasional akal yang dianugerahkan Allah kerana diri dikuasai nafsu marah dan dengki khianat berpanjangan.
Kalau pun sesuatu tuduhan itu ada kebenarannya, orang yang mengambil kesempatan berbuat demikian perlu mengadakan bukti kukuh dan munasabah bagi membuktikan kebenarannya. Ia bukan dengan mengada-adakan cerita yang dibawa dari mulut ke mulut untuk dijadikan modal menyebarkan wasangka buruk dan tuduhan palsu kepada seseorang.
Akibat daripada perbuatan itu, perasaan dendam akan terus berpanjangan antara yang menuduh dan yang kena tuduh. Mereka ingin membuktikan tuduhan yang dibuat adalah benar dan orang kena fitnah pula ingin membuktikan dia tidak bersalah.
Allah berfirman bermaksud:
"Wahai orang beriman, jika datang kepadamu orang fasik yang membawa berita, maka periksalah dengan teliti kebenarannya agar kamu tidak menimpakan musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesali perbuatan kamu itu." (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Islam juga melarang umatnya daripada sikap suka mengorek rahsia orang lain. Peribahasa Melayu ada menyebut, ‘jangan jaga tepi kain orang’.
Tetapi, dalam beberapa hal yang membabitkan berlakunya kebatilan dan perkara sumbang dalam masyarakat yang mengundang kemudaratan kepada ajaran agama, maka dibolehkan untuk berbuat demikian.
Tujuannya untuk menegahnya agar tidak terus menular dalam hidup bermasyarakat. Apa yang berlaku dalam masyarakat hari, perbuatan mencari rahsia orang lain bukan bertujuan menegah daripada berlakunya perkara sumbang.
Sebaliknya, bagi mendapatkan rahsia keaiban orang. Ia kemudian dijadikan modal untuk memburuk-burukkan orang itu. Islam menuntut umatnya agar menyembunyikan keaiban orang lain walaupun mengetahuinya. Hal ini kerana Allah akan menyembunyikan keaiban kita dari terhebah kepada orang lain.
Antara sifat manusia yang suka menyebarkan khabar angin dan fitnah adalah hasad dengki dan iri hati. Hasad dengki dalam definisi yang lengkap membawa maksud mencari jalan atau ikhtiar untuk menghilangkan nikmat yang ada pada orang lain.
Rasulullah bersabda bermaksud:
"Berhati-hatilah kamu terhadap hasad dengki kerana ia boleh merosakkan amal kebaikan kamu seperti api memakan sekam." (Hadis riwayat Muslim).
Sikap itu mungkin membawa kepada keadaan lebih buruk apabila timbul sikap benci membenci, tuduh-menuduh, caci-mencaci dan akhirnya perbalahan dan boleh mencetuskan pembunuhan. Sekiranya tidak ada orang yang sanggup menjadi perantara untuk melerai permusuhan daripada sifat berburuk sangka, penyebaran khabar angin, fitnah serta hasad dengki, tentu membawa kepada berlakunya perkara lebih buruk. Ia boleh meruntuhkan maruah dan peradaban manusia.
Dalam hal ini, kesabaran menjadi asas utama bagi mengelakkan hal yang lebih besar melanda manusia. Bagi mengelakkan diri terbabit dengan sifat keji itu, eloklah beramal dengan beberapa ciri sifat mahmudah seperti disarankan Imam al-Ghazali iaitu:
*Al-zuhd (tidak mementingkan duniawi).
*Kitmanus-sir (menyimpan rahsia).
*Al-hilm (lambat marah).
*As-syajaah (berani).
*Al-iffah (pemaaf).
Rasulullah bersabda bermaksud:
Final dah abis. Tajuk Final Year Projek dah ada. Supervisor dah ada. HP baru dah ada. Per lagi yang tak lengkap eh? Alamak, restu parents (japanese:ryoshin) plak takde. Jap, nak g beli tiket jap.
Ha, tiket dah ada. Ok, sok aku nak BALIK. Yeeeee...tak sabarnyer nak balik. Nak sembang ngan abah, umi n adik2 aku. Nak makan puas2 masakan umi. Rindu. Dah 2 bulan stengah aku tak balik.
So, sempena cuti, mungkin blog ni tak update kot. Sebab kat umah xde tenet. Nak g CC plak malas.
Papehal, to all my frens & blogger, selamat meneruskan hidup. Heheheh. Taktau nak wish aper. Tapi yang penting, jgn lupa lawat blog aku. Hahahaha
S
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berdebar-debar di hatinya.
Si ibu mengambil pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
Air mata si anak berlinang setelah membaca. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, "Saya Sayang Ibu". Kemudian si anak mengambil pen menulis 'Telah Dibayar' pada mukasurat yang ditulisnya.
Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya,
Ganjaran Untuk Diri Sendiri
Posted by ArqamIsmail | Saturday, April 26, 2008 | Personal | 7 comments »Pernah tak korang bekerja keras tanpa henti? Tak kira la samada korang study atau wat kerja-kerja ofis. Korang ada tak cari untuk memotivasikan diri supaya semangat untuk terus wat kerja tu tak luntur?
Ni aku nak share cara aku. Aku kalu dah study non-stop (actually ayat ni sesuai untuk musim final macam skang jer), kekadang kalu tak larat, kena la bagi upah kat diri sendiri. Contoh yang aku selalu wat, ialah belanja makan kat diri sendiri.
Maksud aku, bukan makan kat tempat yang korang selalu makan. Tapi makan kat tempat yang istimewa. Apa la salahnya belanja diri sendiri? Tak rugi kan? Sekurang-kurangnya, naik la jugak semangat.
Perubahan Genre Penulisan
Posted by ArqamIsmail | Wednesday, April 23, 2008 | Personal | 2 comments »Selepas wat beberapa survey, aku dapati, genre blog aku tak sesuai untuk kawan-kawan aku. Ada la aku tanye 2-3 org pasal blog aku. Pas aku tunjuk blog aku kat diorg, baru aku sedar, interface tak la jadi tatapan utama diorang. Yang penting, ISI.
"Adik" aku pun tak paham per isi blog aku. Agak kelakar. Pastu cakap, "Blog ko high level la, susah aku nak paham". Memula aku tak kisah, sbb ayat tu macam gurau. Pas tunjuk kat sorg lagi kwn aku, dia pun tak paham. Hahahah. Btol la tu, ada masalah ngan isi blog aku. Then, aku letakkan diri aku sebagai pembaca, betol gak. Tak semua org paham per yg aku paham. Skang aku ngah fikir r per la tajuk@tema yg sesuai untuk jiwa aku.
Hmmmm... Nampaknya take time sket la pas ni untuk aku post. Nak cari isi yg kawan-kawan aku paham. Ataupun aku yg nk share per yg aku tau ni, kena la explen dlm ayat yg senang. Terpaksa la aku survey kat blog-blog kat internet ni. Ok, doakan aku cepat-cepat dapat genre baru.

I've done my personality test. Visit MyPersonality ,and share your results. Beside blog, you also can post your result at Friendster, My Space & etc. Well, the test came out with telling me as "Strategist & Intellectual". Cool eh.



