Phua Chu Kang

Posted by ArqamIsmail | Saturday, July 05, 2008 | | 0 comments »

Phua Chu Kang was asked to make a sentence using 1-2-3-4-5-6-7-8-9-10. Not only did he do it 1 to 10, he did it again from 10 back to 1.

1 day I go 2 climb up a 3 outside a house to peep. The couple saw me so I panic and 4 down. The man rush out and wanted to 5 with me so I run until I fall 6 and throw out. I go into 7 eleven and grab some 8 to throw at him. Then I took a 9 and try to stab him. 10 God he run away.


I then put the 9 back and pay for the 8 and left 7 eleven. Next day, I call my boss and say I am 6. He said 5 and tomorrow also no need to come back 4 work. He also ask me to climb a 3 and jump down. I don't understand. I so nice 2 him but I don't know what he 1.

K-Meleon

Posted by ArqamIsmail | Friday, July 04, 2008 | , | 0 comments »

Cuba korang cerita kat aku apa nama internet browser yang korang guna? Sini aku nak share dengan korang sejenis browser yang aku baru jumpa.

Bila aku tanya kawan-kawan aku, rata-rata mesti jawap:-

  • Internet Explorer
  • Firefox
  • Opera

Biasa kan? Pernah dengar tak K-Meleon? Mesti tak pernah kan? (Aku pun baru dengar je).

Kalau tak silap aku, browser ni dulu dipakai dalam Linux. Sekarang ni dah ada pakej untuk Windows.

Ni yang dipaparkan kat website K-Meleon.

K-Meleon is a simple, fast, efficient Windows web browser that allows the user to completely control its look and functionality. Here you'll find a list of some of its more notable features.

Memang seperti yang digambarkan, internet browser ni, laju giler. Blog aku yang agak berat ni pun kejap jer masuk. Dalam 3-4 saat jer. Memang kagum r. Cuma ada beberapa plug-in untuk K-Meleon ni aku belum download, macam Flash Player dll.




Kalau korang berminat untuk cuba, sila download kat sini.

  • http://kmeleon.sourceforge.net/download.php
*Secara keseluruhan, aku berpuas hati dengan browser ni.

Bosan.

Posted by ArqamIsmail | Thursday, July 03, 2008 | | 0 comments »

Dah nak abis cuti ni, rasa macam bosan pulak dok kat umah ni. Tapi banyak kerja lagi aku tak buat. CD untuk cousin aku tak burn lagi, game PSP untuk kawan aku tak siap download lagi, PC kawan aku tak siap repair lagi. Adeh....

Bila ingat pasal belajar:antok:, harap2 motivasi aku untuk belajas semester akan datang ni, meningkat. Lebih tinggi dari semester lepas. Harapnya penyakit "internet addict" aku semester lepas boleh dibuang:anoto:.

Ni wanted list untuk sem depan:
*beli buku rujukan
*beli motosikal (kalau mampu)
*buat lesen kereta (dah tua baru nak buat)
*beli Sony PSP (kan aku ni gadjet freak)
*belajar pasal Symbian 9.2 s60v3
*belajar pasal Fuzzy Logic
*buat revision untuk C++
*siapkan final year project (dah 3 minggu tertunda)

Adeh, kan betul aku ngah bosan ni. Dah blur dah. Taktau nak taip aper. :argh:

Debat Isu Minyak

Posted by ArqamIsmail | Wednesday, July 02, 2008 | | 2 comments »

Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek tetap akan meneruskan hasrat untuk berdebat dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai harga minyak pada 15 Julai ini.

Menurutnya, beliau tidak akan berganjak dan tetap menerima pelawaan debat itu walaupun mendapat tentangan daripada pelbagai pihak.

Beliau menegaskan, sebagai Menteri Penerangan, adalah wajar baginya mempertahankan keputusan tepat kerajaan dalam menangani kenaikan harga minyak.

‘‘Apa salahnya saya mempertahankan tindakan kerajaan selain itu juga ini akan memberi peluang kepada rakyat untuk menilai sendiri apakah benar Anwar mampu menunaikan janji menurunkan harga minyak jika beliau memerintah,’’ katanya.

Beliau mengulas desakan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang menggesa Ahmad Shabery membatalkan hasrat berdebat dengan Anwar yang dijadual disiarkan secara langsung menerusi RTM.

Debat bertema “Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak” anjuran portal berita Agenda Daily dijadualkan diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini.

Ahmad Shabery dan Anwar telah mengesahkan penyertaan mereka dan debat itu juga mungkin disiarkan secara langsung oleh beberapa stesen televisyen.

Penyertaan dua tokoh tersebut telah disahkan oleh Pengarang Agenda Daily, Hanafiah Man.

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata, debat itu turut memberi peluang kepada seluruh rakyat untuk menilai hakikat sebenar janji-janji yang ditabur oleh Anwar.

‘‘Di sinilah rakyat akan mengetahui apa logiknya tindakan akan dilakukan oleh Anwar untuk menurunkan harga minyak sedangkan harga minyak mentah dunia semakin melonjak naik,’’ katanya lagi.

**Debat ni akan diadakan pada 15Julai di RTM secara langsung
**Sama2 kita saksikan. (Aku sokong "A" kot)
:ahaha:

Love Hour

Posted by ArqamIsmail | Monday, June 30, 2008 | | 4 comments »

Am i in LOVE? Oh My God !!!!




Never Have I Fallen


Your lips speak soft sweetness
Your touch a cool caress
I am lost in your magic
My heart beats within your chest

I think of you each morning
And dream of you each night
I think of your arms being around me
And cannot express my delight

Never have I fallen
But I am quickly on my way
You hold a heart in your hands
That has never before been given away

:woooh:

Musim Bola

Posted by ArqamIsmail | Saturday, June 28, 2008 | | 0 comments »




Semoga pasukan pilihan anda sampai ke peringkat akhir.

Semester Baru

Posted by ArqamIsmail | Saturday, June 28, 2008 | | 0 comments »

Semester baru dah nak bermula. PTPTN takde berita lagi. Senyap jer. Aku dah la ngah miskin ni. Ha, lupa lak. Sowi bebanyak kepada yang sms aku tanyer nape aku tak update blog. :sweaty:
Bukan aper, aku ni menumpang internet orang, sementara dok kat kampung ni. Dah orang tu xde kat umah, maknanyer internet dia pun x on la. sedih tol.

Sebut pasal PTPTN, adeh, bile la diorang nak naikkan loan eh? Semester lepas ada gak dengar khabar diorang nak naikkan. Tapi senyap jer. Minyak naik, barang naik, pinjaman lak senyap lak. Tensen tol. :ayokona:

Ha, aku cadang nak buang youtube kat sebelah, nak gantikan ngan page element kat situ atau gambar, ada sesapa yang tau x? aku lupa lak...caner la aku wat dulu.


:wave:

Japanese Language (5)

Posted by ArqamIsmail | Sunday, June 15, 2008 | | 2 comments »

H
ari ni, kita akan sama2 belajar tentang cara2 berkenalan (memperkenalkan diri) dalam bahasa Jepun.

Dialogue in Japanese

Namiko: Hajimemashite, Namiko desu.

Douzo yoroshiku.
Paul: Hajimemashite, Paul desu.

Douzo yoroshiku.

Dialogue in Malay

Namiko: Selamat berkenalan, saya Namiko.

Sila beri tunjuk ajar.
Paul: Selamat berkenalan, saya Paul.

Sila beri tunjuk ajar.

Wa ialah partikel sepertimana dalam Bahasa Inggeris, biasanya diletakkan selepas kata nama. Desu(です) penanda topik, juga boleh diertikan sebagai "is" atau "are".

Watashi wa Namiko desu.
私は奈美子です。
Saya Namiko.
Kore wa hon desu.
これは本です。
Ini ialah buku


Apabila memperkenalkan diri, "watashi wa(私は)" boleh di tinggalkan(ignore). Didalam sesuatu perbualan, "watashi(私)" jarang digunakan. "Anata(あなた)" yang bermaksud awak juga dielakkan. Bagi orang Jepun, lagi ringkas ayat itu, bermaksud lagi sopan.

"Hajimemashite(はじめまして)" digunakan semasa pertama kali berjumpa seseorang. "Hajimeru(はじめる)" ialah kata kerja yang bermaksud "to begin". "Douzo yoroshiku(どうぞよろしく)" digunakan untuk menjawab ayat "Hajimemashite(はじめまして)"

Selain daripada keluarga atau kawan rapat, orang JEpun jarang menggunakan nama sebagai ganti diri.Jika anda ke Jepun sebagai pelajar, mereka lebih cenderung untuk memanggil anda menggunakan nama pertama(first name), tetapi jika sebagai orang yang bekerja,mereka lebih cenderung untuk memanggil anda menggunakan nama terakhir(last name). (Orang Jepun jarang memperkenalkan diri menggunakan firstname.)

Terjemahan

Namiko: Apa khabar? Saya Namiko.

Gembira jumpa awak.
Paul: Apa khabar? Saya Paul.

Gembira jumpa awak.

Notes

* Katakana (sejenis tulisan jepun) digunakan untuk nama orang asing, tempat dan perkataan asing. Kalu korang bukan orang Jepun, nama akan ditulis menggunakan katakana.

* Apabila memperkenalkan diri, orang Jepun lebih prefer tunduk daripada bersalaman.

iPhone 3G

Posted by ArqamIsmail | Saturday, June 14, 2008 | , | 0 comments »

S
etelah puas semua peminat-peminat iPhone menunggu, akhirnya Apple mengumumkan akan mengeluarkan produk iPhone seterusnya iaitu iPhone 3G.



Model terbaru ini diumumkan oleh pihak Apple akan dilancarkan secara rasmi pada 11 July 2008. So, mana2 peminat setia iPhone, ingat tarikh keramat ni (walaupun ia tidak akan dilancarkan di Malaysia)

Introducing iPhone 3G. With fast 3G wireless technology, GPS mapping, support for enterprise features like Microsoft Exchange, and the new App Store, iPhone 3G puts even more features at your fingertips. And like the original iPhone, it combines three products in one — a revolutionary phone, a widescreen iPod, and a breakthrough Internet device with rich HTML email and a desktop-class web browser. iPhone 3G. It redefines what a mobile phone can do — again.
Itu yang dipaparkan di website iPhone.

Mengikut sumber-sumber, iPhone 3G akan dilancarkan di Jepun berikutan kemungkinan 2 syarikat besar telekomunikasi (telco) Jepun iaitu NTT DoCoMo (syarikat telekomunikasi terbesar Jepun) dan Softbank Mobile (ketiga terbesar) akan mendapatkan hak "kontrak" daripada Apple.



***Peminat kat Malaysia, tunggu pegang tongkat dulu la baru iPhone sampai secara rasmi

Sumber : Apple

Keistimewaan Wanita

Posted by ArqamIsmail | Friday, June 13, 2008 | | 2 comments »

K
orang tau ape tu W.A.N.I.T.A ? Tau keistimewaan diorang? Xtau? Ish..ish..Check it out...:what:


1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat dari lelaki.

2. Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1000 orang lelaki
yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya
seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah.

4.Barang siapa yang membawa hadiah ( ole-ole ) lalu diberikan
kepada keluarganya, hendaklah mendahulukan anak perempuannya daripada anak lelaki.

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama
Rasulullah SAW didalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai 2 atau 3 anak perempuan, atau 2 atau 3 saudara wanita lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa dan tanggung jawab maka baginya adalah Syurga.

7. Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak
wanitanya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan
menjadi penghalang baginya dari api neraka ( Aisyah r.a. ).

8. Syurga dibawah telapak kaki Ibu

9. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-
pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga, maka masuklah dari pintu yang dikehendaki.

10. Wanita yang taat akan suaminya serta menjaga solat dan puasanya, semua ikan-ikan dilaut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama dia taat pada suaminya dan direlakanya.

Preparing to Study

Posted by ArqamIsmail | Thursday, June 12, 2008 | | 8 comments »

You need a good study place to be prepared to study. You should be able to answer YES to all of the following questions:




1. Is my Study Place available to me whenever I need it?

Your Study Place does you little good if you cannot use it when you need it. If you are using a Study Place that you must share with others for any reason, work out a schedule so that you know when you can use it.

2. Is my Study Place free from interruptions?

It is important to have uninterrupted study time. You may have to hang a DO NOT DISTURB sign on the door or take the phone off the hook.

3. Is my Study Place free from distractions?

Research shows that most students study best in a quiet environment. If you find that playing a stereo or TV improves your mood, keep the volume low.

4. Does my Study Place contain all the study materials I need?

Be sure your Study Place includes reference sources and supplies such as pens and pencils, paper, ruler, calculator, and whatever else you might need. If you use a computer for your schoolwork, it should be in your Study Place .


5. Does my Study Place have a comfortable chair?

A chair that is not comfortable can cause discomfort or pain that will interfere with your studying. A chair that is too comfortable might make you sleepy. Select a chair in which you can sit for long periods while maintaining your attention.

6. Does my Study Place have enough light?

The amount of light you need depends on what you are doing. The important thing is that you can clearly see what you need to see without any strain or discomfort.

7. Does my Study Place have a comfortable temperature?

If your Study Place is too warm, you might become sleepy. If it is too cold, your thinking may slow down and become unclear. Select a temperature at which your mind and body function best.

Having a good Study Place is important for good studying.

Asal Usul Hantu

Posted by ArqamIsmail | Wednesday, June 11, 2008 | | 7 comments »

Asal usul hantu... Ngeri tak tajuk ni? Hahahahaha.. Jom kita tengok..



1. Hantu Raya - Berasal dari Tanah Melayu. Dipercayai terkorban di dalam satu kemalangan jalan raya, sebaik saja keluar dari Pudu Raya untuk pulang berhari raya... ... .kegemarannya mencuri kuih kuih raya. Tempat menginapnya disyaki di balai - balai raya.

2.Hantu Langsuir - Dikenal pasti berasal dari Tanah Seberang. Ceritanya bermula di suatu pagi raya bila seorang suri rumah sedang memasang langsir lalu terjatuh dari tingkap, terus mati. Selepas itu, dia selalu datang menjeguk langsirnya. Hobinya bermain aumm cak di tepi langsir.

3. Hantu Stokin - Berasal dari kawasan perindustrian Shah Alam. Merupakan seorang taukeh stokin yang berjaya sehingga lupa rumah tangga. Hidupnya asyik dengan stokin. Tidur stokin, makan stokin, minum stokin sehinggalah kawan kawan menggelarnya Hantu Stokin.

4. Hantu Jerangkung - Di percayai berasal dari Tanah Besar China. Ia bekerja sebagai penjerang kangkung di sebuah restoran. Hari hari kerjanya jerang kangkung dalam sebuah periuk besar. Satu hari seorang kawan menyergahnya dari belakang, kerana terlalu terkejut ia jatuh dalam periuk itu. Perkataan akhirnya ialah 'jerang... ..kung', jadilah Hantu Jerangkung. Hobinya mencangkung dan tempat tinggalnya dalam almari, sebab tu le ada lagu 'Jerangkung Dalam Almari'.

5. Hantu Pontianak - Disyaki berasal dari India. Seorang lelaki, Mr. Ponti mendapat seorang anak perempuan yang sangat hodoh. Orang kampung selalu menyindir anak ponti ini. Ponti punya anak - Ponti punya anak - Ponti punya anak. Ponti sangat malu dan mengurung anaknya. Selepas 5 tahun, anaknya keluar dari rumah dan terkejutlah seorang nenek, Oi! Pontianak... Lekatlah nama pontianak.

6. Hantu Penanggal - Seorang ibu tiri yang kejam, hobinya menanggalkan kain anak tirinya selain kain lakinya. Dah terbiasa dia rasa seronok pulak. Dia melebarkan hobinya dengan menanggalkan kain orang orang kampung. Hebohlah satu kampung 'Lari..lari... ..Penanggal'. Bila dia melihat sesuatu yang menarik seperti kurap, panau, kayap dan anu... ..dia pun mengilai semahunya.

7. Hantu Pocong - Berasal dari Puchong. Nama sebenarnya Amat Garpu. Dia ni suka sangat menipu, senang cerita... kaki cong le. Bila dia mati terlompat lompatlah dia, nak pergi cong orang. Pucong! Pucong!

Minyak : Lu Pikir La Sendiri

Posted by ArqamIsmail | Tuesday, June 10, 2008 | , | 8 comments »

Harga minyak naik lagi? Aduh, aku yang sedang belajar ni pun rasa efek dia. Kalu parents aku & kawan2 aku yang dah dah keje caner la pulak kan?

Pehal la minyak asek naik jer? Cuba korang fikir. Sejak negara kita bertukar PM, minyak asek NAIK jer. Aku cukup bengang. Bila minyak naik, for sure harga barang naik (bn).... Tapi gaji xnaik...

Yang aku rasa paling bodoh, bila kerajaan nak naikkan harga minyak, tapi tak bagi peniaga naikkan harga barang. Apa ke bodoh sangat? Bila minyak naik, kos pengangkutan, pengurusan untuk sesuatu operasi perniagaan sudah tentu meningkat.

Aku pernah berbincang pasal topik ni dengan saudara-mara aku (ada antaranya mahasiswa, professor dan pensyarah universiti), rata mereka berpendapat, kerajaan tak mampu uruskan kewangan dengan baik.

Bila diorang tak wat keje elok2, kita sebagai rakyat menjadi mangsa.

Yang lagi bengangnyer, minyak naik, barang naik, taraf hidup pun terus meningkat...Tapi, gaji tak naik, pinjaman untuk student pun sama jer....

Kat bawah ni ada gambar perbandingan harga minyak... Negara kita pun pengeluar minyak. Bak kata Nabil (Raja Lawak), "Lu Pikir La Sendiri"...

2nd Tag

Posted by ArqamIsmail | Monday, June 09, 2008 | , | 1 comments »

1
st,nak mintak maaf kat Krueger , sebab lambat balas tag dier yang ini. Disini aku sertakan alasan2 yang sangat kukuh kenapa tag beliau dibalas lambat.

Cani:

  • Signal WiFi kat kawasan rumah aku xstabil (Sebenarnyer guna jiran punyer, dah dia cuti seminggu, aku pun xde internet la...hahahaha)
  • Banyak sangat kena gi tolong tempat kenduri.
  • Malas nak gi CC.





So, mangsa 1st aku kali ni adalah miss naem. Cik Naemah, harap awak dapat setelkan... Mangsa seterusnya akan di update nanti...Hehehehe

**Kepada "mangsa2", sila rujuk sini.

***Note: Nasib baik rini ada tenet dan agak stabil connection. Gile lama cuba post tag ni.

Maaf

Posted by ArqamIsmail | Sunday, June 08, 2008 | | 0 comments »

Maaf buat semua kawan-kawan

sebab tak update blog. Bukan taknak update. Tapi internet connection SANGAT2 tak stabil. Kejap ada, kejap takde.... Biasa la, aku ni menumpang internet org. Hahaha... Ekceli guna WiFi yang tak secure. Hehehe. So, harap kawan2 paham. Time aku dah ada idea, internet lak takde. Tag dari Krueger pun aku xle nak post lagik. Benda awal2 dah setel. Sowi bro.....

Japanese Language (4)

Posted by ArqamIsmail | Wednesday, May 28, 2008 | | 5 comments »

Hari ini kita belajar akan belajar tentang perkataan maaf (Sumimasen). Perktaan ini boleh digunakan untuk pelbagai situasi yang berbeza.

  • Sumimasen : Excuse Me


  • Sumimasen : Thank You (Melayu : Maaf sebab menyusahkan)

  • Sumimasen : I am sorry (Ni kes wat salah kat org)


  • Sumimasen : Pardon Me (Kes tak dengar ni)

Apa itu PDA

Posted by ArqamIsmail | Tuesday, May 27, 2008 | | 4 comments »

P

erancangan agenda dan waktu yang ditulis pada kertas sudah ketinggalan zaman. Sebagai alternatifnya, organizer elektronik yang disebut PDA (Personal Digital Assistant) digunakan. Memang sedikit leceh kalau untuk masukkan something dalam PDA, tetapi bila anda ingin mengubahnya, maka PDA akan menunjukkan kelebihannya. Pengelolaan data yang besar dapat dilakukan oleh PDA tanpa masalah, dengan adanya fungsi pencarian dan penyusunan alfabet. So, sebarang janji temu, contact atau alamat amat senang dicari. Itu adalah salah 1 fungsi yang paling penting dalam sesebuah PDA. Selain basic daripada basic function di atas,PDA juga dilengkapi dengan MP3 Player, Games, Internet browsing, Chatting, membaca E-book, kamera digital, ataupun menggunakan GPS.

Di pasaran PDA terdapat pelbagai jenis sistem yang digunakan pada PDA. Dimana ada PDA dengan input keyboard atau dengan input tulisan tangan(touch screen). PDA dengan input keyboard biasanya mempunyai fizikal yang lebih besar dibandingkan dengan PDA yang menggunakan metode tulisan tangan. Selain itu PDA juga menggunakan pelbagai jenis Operating System (OS), antara lain Palm, Psion, EPOC (Symbian), Windows Mobile, dan OS yang dibuat khusus (system operasi proprietary).


Sejarah

PDA pertama kali diperkenalkan oleh Psion, dengan Psion 1. Psion 1 dapat menyimpan alamat dan nombor telefon, mempunyai kalendar, jam dan kalkulator.

Kemudian Apple dengan Apple Newton Message Pad di awal tahun 1993. Walau masih cukup besar dan kurang selesa ditangan, ia merupakan perintis era PDA. Tetapi dalam perkembangannya Apple Newton tidak berjaya dipasaran, sehingga berakhir pada tahun 1996,

U.S. Robotic memperkenalkan Palm Pilot yang dalam waktu yang singkat dapat menguasai pasaran. Konsep dari Palm Pilot yang kecil, ringan dan OS mudah digunakan menjadi salah satu factor kejayaannya .

Selain itu Psion tidak mengalah dan mengeluarkan OS yang bagus iaitu (EPOC, sekarang Symbian) dan mempunyai fungsi lebih banyak jika dibandingkan Palm Pilot yang hanya difokuskan pada penggunaan perancangan (organizer). Dengan GUI (Graphic User Interface) dan fungsi mirip Windows sehingga pengguna senang menggunakannya.

Microsoft pun taknak kalah dengan mengeluarkan OS Windows Mobile sebagai OS PDA-nya. Pada Windows Mobile juga terbahagi atas dua jenis iaitu Windows Mobile Standard untuk smartphone dan Windows Mobile Professional untuk Pocket PC (touch screen).

Dalam semua jenis OS yang digunakan di PDA, hanya OS Windows Mobile-lah yang memerlukan lebih banyak memori dan prosesor yang lebih cepat. Hal ini kerana konsep yang diterapkan oleh Microsoft dalam membuat PDA seolah-olah PC. Sehingga Windows Mobile mempunyai fungsi hampir sama seperti kemampuan sebuah PC. Dimana pada Windows Mobile juga ada Pocket Office seperti Word, Excel, Outlook, Internet Explorer dan sebagainya.


Ubuntu

Posted by ArqamIsmail | Thursday, May 22, 2008 | | 10 comments »

Tahukah anda apa itu Ubuntu? Aku pasti ramai daripada anda tak tahu kan? Ok, kat sini aku nak cerita sikit apa kejadahnya Ubuntu ni.



Pengenalan

Berasaskan kepada sistem linux dan bersumberkan Debian, Ubuntu merupakan sebuah sistem pengendalian atau sistem operasi komputer sebaris dengan Windows keluaran Microsoft dan
Mac OSX keluaran Apple. Nama “Ubuntu” berasal dari perkataan Zulu yang membawa maksud “Kemanusiaan Untuk Semua”. Tidak susah untuk mencari sebab mengapa nama “Ubuntu” berasal dari bahasa Afrika kerana pengasas Ubuntu merupakan kelahiran Afrika Selatan. Dia yang saya maksudkan ialah Mark Shuttleworth, seorang jutawan perisian yang mendermakan keringat, idea dan penajaan untuk sebuah sistem operasi percuma menerusi syarikat Canonical
kepunyaannya sendiri.



Sejarah
Ceritanya bermula apabila Mark Shuttleworth mengumpulkan penggiat perisian sumber terbuka sekitar tahun 2004 untuk membangunkan sebuah sistem operasi berasaskan linux yang baru. 6 Bulan kemudian, terbitlah hasil pertama mereka memakai nama Warty Warthog bernombor siri 4.10 yang melambangkan tahun (4=2004) dan bulan (10). Dalam tempoh 2 minggu sahaja selepas 4.10 dikeluarkan, Ubuntu mampu menarik sehingga 3000 pembangun dan penyumbang idea untuk memantapkan lagi versi seterusnya.


Janji

Pembangun Ubuntu berjanji:

  • Ubuntu akan sentiasa PERCUMA untuk versi released penuh dan update keselamatan.
  • Ubuntu dijamin dilengkapi dengan sokongan komersil oleh syarikat Canonical dan beratus lagi syarikat seluruh dunia.
  • Ubuntu mengandungi translasi dan kemudahgunaan infratruktur terbaik yang mampu ditawarkan oleh komuniti perisian percuma
  • Ubuntu akan hanya dilengkapi perisian percuma dan menggalakkan pengguna untuk menggunakannya disamping memperkenalkan lagi perisian percuma kepada umum.

Versi

Sehingga ke detik ini sudah 8 kali Ubuntu mengalami versi update. Antaranya ialah:


**Petikan ini dipetik dari E-Maj Ubuntu for Malaysian oleh http://melayubuntu.blogspot.com

***Untuk mendapatkan E-Maj Ubuntu for Malaysian, anda bolehlah download terus daripda blog Ubuntu diatas, ataupun :

E-Maj Ubuntu for Malaysian
Panduan Install Ubuntu

***Sama-sama kita memberi sokongan kepada penulis E-Maj tersebut. Semoga generasi Ubuntu akan bertambah di Malaysia.

Japanese Language (3)

Posted by ArqamIsmail | Thursday, May 22, 2008 | | 5 comments »

Kat sini ada beberapa video tutorial Bahasa Jepun(Nihon-Go) yang agak menarik untuk dikongsi bersama.



Pretty Lesson 1
Pretty Lesson 2
Pretty Lesson 3
Pretty Lesson 4
Pretty Lesson 5
Pretty Lesson 6

Ha, aku rasa cukup la tu. Malas tol nak upload. :puppyeyes:So, harap korang semua enjoy video tu, jangan lupa hafal skali tau. :wave:

Japanese Language (2)

Posted by ArqamIsmail | Wednesday, May 21, 2008 | | 6 comments »

Ini adalah sedikit lagi tutorial asas Bahasa Jepun. Jom kita study sama2.:okay:


Selamat Pagi


Selamat Tengahari /Selamat Petang

Selamat Malam


Ucapan Sebelum Tidur


Ucapan Perpisahan


Note : Dewa mata juga boleh diganti dengan Ja mata. Tapi biasanya dalam bahasa seharian, cuma disebut Dewa mata ne/ Ja ne.

Koleksi SMS

Posted by ArqamIsmail | Tuesday, May 20, 2008 | | 5 comments »

Ini adalah koleksi SMS aku. Kalu korang ada SMS yang ,menarik, share la.


Mesej 33

Mesej 34

Mesej 31

Mesej 32

Mesej 29

Mesej 30

Mesej 27

Mesej 28

Mesej 25

Mesej 26

Mesej 23

Mesej 24

Mesej 21

Mesej 22

Mesej 19

Mesej 20

Mesej 17

Mesej 18

Mesej 15

Mesej 16

Mesej 13

Mesej 14

Mesej 11

Mesej 12

Mesej 9

Mesej 10

Mesej 7

Mesej 8

Mesej 5

Mesej 6

Mesej 3

Mesej 4

Mesej 1

Mesej 2

6 SiFaT MaHMuDaH, HiNDaRi BuRuK SanGKa

Posted by ArqamIsmail | Saturday, May 17, 2008 | ,

Sifat mahmudah:

*Cukup apa yang diberikan
*Tidak pentingkan duniawi
*Menyimpan rahsia
*Lambat marah
*Berani
*Pemaaf


Hindari Sifat Buruk Sangka

PERBUATAN memburuk-burukkan seseorang tanpa mengetahui kebenaran tuduhan dan prasangka itu adalah sifat terkeji. Mereka yang melakukannya adalah dari kalangan yang tidak mencintai keharmonian dan kesejahteraan hidup.


Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

"Awasilah diri kamu daripada berburuk sangka kerana perbuatan itu adalah satu pembohongan besar. Janganlah mencari berita buruk, berhasad dengki, bermasam muka dan marah, sebaliknya jadikanlah diri kamu semua bersaudara mara.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)



Dalam hadis itu, Baginda mengingatkan umatnya agar sentiasa menjauhi diri daripada terjerumus ke dalam perbuatan keji. Kesan perbuatan itu membawa kepada berlakunya budaya penyebaran surat layang dan fitnah memfitnah dalam masyarakat.

Perbuatan bersangka buruk terhadap orang lain timbul daripada perasaan tidak puas hati dan dengki khianat. Ia melambangkan betapa rendahnya moral si pelaku. Mereka sanggup menghancurkan maruah orang lain dengan menolak segala pertimbangan dan rasional akal yang dianugerahkan Allah kerana diri dikuasai nafsu marah dan dengki khianat berpanjangan.

Kalau pun sesuatu tuduhan itu ada kebenarannya, orang yang mengambil kesempatan berbuat demikian perlu mengadakan bukti kukuh dan munasabah bagi membuktikan kebenarannya. Ia bukan dengan mengada-adakan cerita yang dibawa dari mulut ke mulut untuk dijadikan modal menyebarkan wasangka buruk dan tuduhan palsu kepada seseorang.

Akibat daripada perbuatan itu, perasaan dendam akan terus berpanjangan antara yang menuduh dan yang kena tuduh. Mereka ingin membuktikan tuduhan yang dibuat adalah benar dan orang kena fitnah pula ingin membuktikan dia tidak bersalah.






Allah berfirman bermaksud:

"Wahai orang beriman, jika datang kepadamu orang fasik yang membawa berita, maka periksalah dengan teliti kebenarannya agar kamu tidak menimpakan musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesali perbuatan kamu itu." (Surah al-Hujurat, ayat 6)


Islam juga melarang umatnya daripada sikap suka mengorek rahsia orang lain. Peribahasa Melayu ada menyebut, ‘jangan jaga tepi kain orang’.

Tetapi, dalam beberapa hal yang membabitkan berlakunya kebatilan dan perkara sumbang dalam masyarakat yang mengundang kemudaratan kepada ajaran agama, maka dibolehkan untuk berbuat demikian.

Tujuannya untuk menegahnya agar tidak terus menular dalam hidup bermasyarakat. Apa yang berlaku dalam masyarakat hari, perbuatan mencari rahsia orang lain bukan bertujuan menegah daripada berlakunya perkara sumbang.


Sebaliknya, bagi mendapatkan rahsia keaiban orang. Ia kemudian dijadikan modal untuk memburuk-burukkan orang itu. Islam menuntut umatnya agar menyembunyikan keaiban orang lain walaupun mengetahuinya. Hal ini kerana Allah akan menyembunyikan keaiban kita dari terhebah kepada orang lain.

Antara sifat manusia yang suka menyebarkan khabar angin dan fitnah adalah hasad dengki dan iri hati. Hasad dengki dalam definisi yang lengkap membawa maksud mencari jalan atau ikhtiar untuk menghilangkan nikmat yang ada pada orang lain.


Rasulullah bersabda bermaksud:

"Berhati-hatilah kamu terhadap hasad dengki kerana ia boleh merosakkan amal kebaikan kamu seperti api memakan sekam." (Hadis riwayat Muslim).

Sikap itu mungkin membawa kepada keadaan lebih buruk apabila timbul sikap benci membenci, tuduh-menuduh, caci-mencaci dan akhirnya perbalahan dan boleh mencetuskan pembunuhan. Sekiranya tidak ada orang yang sanggup menjadi perantara untuk melerai permusuhan daripada sifat berburuk sangka, penyebaran khabar angin, fitnah serta hasad dengki, tentu membawa kepada berlakunya perkara lebih buruk. Ia boleh meruntuhkan maruah dan peradaban manusia.

Dalam hal ini, kesabaran menjadi asas utama bagi mengelakkan hal yang lebih besar melanda manusia. Bagi mengelakkan diri terbabit dengan sifat keji itu, eloklah beramal dengan beberapa ciri sifat mahmudah seperti disarankan Imam al-Ghazali iaitu:

*Al-qanaah (cukup dengan apa yang diberikan).
*Al-zuhd (tidak mementingkan duniawi).
*Kitmanus-sir (menyimpan rahsia).
*Al-hilm (lambat marah).
*As-syajaah (berani).
*Al-iffah (pemaaf).


Rasulullah bersabda bermaksud:

“Janganlah kamu marah, janganlah kamu berhasad dengki dan janganlah kamu bermasam muka, sebaliknya jadikanlah kamu hamba Allah yang bersaudara." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Japanese Language (1)

Posted by ArqamIsmail | Saturday, May 17, 2008 | | 6 comments »

Atas permintaan chrySalise supaya tutorial Bahasa Jepun (Nihon-Go) dibuat. So, Salise, Selamat Datang ke Sudut Bahasa Jepun (Nihon-go Gakuen).


  • Hello. こんにちは。 Konnichiwa. (kon-nee-chee-WAH)
  • How are you? お元気ですか。 O-genki desu ka? (oh-GEN-kee dess-KAH?)
  • Fine, thank you. 元気です。 Genki desu. (GEN-kee dess)
  • What is your name? お名前は何ですか。 O-namae wa nan desu ka? (oh-NAH-mah-eh wah NAHN dess-KAH?)
  • My name is ____ . 私の名前は ____ です。 Watashi no namae wa ____ desu. (wah-TAH-shee no nah-mah-eh wa ____ dess)
  • Nice to meet you. 始めまして。 Hajimemashite. (hah-jee-meh-MOSH-teh)
  • Please. (request) お願いします。 Onegai shimasu. (oh-neh-gigh shee-moss)
  • Please. (offer) どうぞ。 Dōzo. (DOH-zo)
  • Thank you. どうもありがとう。 Dōmo arigatō. (doh-moh ah-ree-GAH-toh)
  • You're welcome. どういたしまして。 Dō itashi mashite. (doh EE-tah-shee mosh-teh)
  • Yes. はい。 Hai. (HIGH)
  • No. いいえ。 Iie. (EE-eh)
  • Excuse me. すみません。 Sumimasen. (soo-mee-mah-sen)
  • I'm sorry. 御免なさい。 Gomen-nasai. (goh-men-nah-sigh)

Selamat Bercuti

Posted by ArqamIsmail | Tuesday, May 13, 2008 | | 0 comments »

Final dah abis. Tajuk Final Year Projek dah ada. Supervisor dah ada. HP baru dah ada. Per lagi yang tak lengkap eh? Alamak, restu parents (japanese:ryoshin) plak takde. Jap, nak g beli tiket jap.


Ha, tiket dah ada. Ok, sok aku nak BALIK. Yeeeee...tak sabarnyer nak balik. Nak sembang ngan abah, umi n adik2 aku. Nak makan puas2 masakan umi. Rindu. Dah 2 bulan stengah aku tak balik.

So, sempena cuti, mungkin blog ni tak update kot. Sebab kat umah xde tenet. Nak g CC plak malas.
Papehal, to all my frens & blogger, selamat meneruskan hidup. Heheheh. Taktau nak wish aper. Tapi yang penting, jgn lupa lawat blog aku. Hahahaha

Selamat Hari Ibu

Posted by ArqamIsmail | Thursday, May 08, 2008 | | 1 comments »

S

eorang anak berjumpa dengan ibunya yang sedang sibuk di dapur menyediakan hidangan makan tengah hari lantas memberikan ibunya sekeping kertas. Si ibu mengelap tangan nya lalu mengambil kertas tersebut daripada anaknya.

Pada kertas tersebut tertulis:

Kos upah membantu ibu
1. Kos pergi ke kedai RM2.50
2. Kos tolong jaga adik RM3.00
3. Kos membuang sampah RM4.50
4. Kos menyiram bunga RM2.00
5. Kos menyapu sampah RM 3.00
Jumlah : RM15.00


Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berdebar-debar di hatinya.

Si ibu mengambil pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1. Kos mengandungmu 9 bulan - PERCUMA
2. Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3. Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4. Kos kerunsingan kerana bimbangkan kamu - PERCUMA
5. Kos menyediakan makan minum dan keperluanmu - PERCUMA
Jumlah : PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, "Saya Sayang Ibu". Kemudian si anak mengambil pen menulis 'Telah Dibayar' pada mukasurat yang ditulisnya.


Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya,
"Wahai Rasulullah,siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku? "Rasulullah menjawab, "Ibumu" (dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu kemudian saudara-saudara terdekatmu."Subhanallah betapa besar kasih sayang seorang ibu sejak mengandung kita selama 9 bulan sampai sekarang ini... seorang ibu tidak pernah meminta balasan atas semua yang telah beliau berikan, tapi apa balasan yang beliau terima dari kita, anak-anaknya.

Share, Watch & Play Videos in IM Chat Window YM

Posted by ArqamIsmail | Thursday, May 08, 2008 | | 0 comments »

OK, korang biasa guna YM kan? Tau x korang ngan teman-teman korang boleh tengok video yang sama semasa YM?

Korang boleh share video dari Youtube, Yahoo Video, atau Google Video. Menarik tak? Kalau korang berminat, memula korang kena download plugin Zync Plug-in. Dengan plugin ni, korang dan kawan-kawan orang (x kisah la korang ngan gf @ bf korang) tengok video yang sama sesambil chat.

Tapi caner nak gunakannyer? Meh aku nak ajar.

1st, korang ambik URL Video tu (http://.....) yang korang nak share ngan kawan dari website, than taip "watch [video URL]" dalam text box YM korang, then tekan button send.

Contohnya: watch http://video.yahoo.com/video/play?vid=329037 .

Sekarang, video yang tengah play dalam YM korang dalam masam yang sama akan play kat YM kawan korang.

Kesimpulannya : Plugin ni sangat menarik jika korang nak buat discussion pasal sesuatu yang base on video. Contohnya bagi orang penggemar file.

iPhone Will Support Chinese in Firmware 2.0

Posted by ArqamIsmail | Tuesday, May 06, 2008 | | 0 comments »



Nampaknya memang dah confirm Apple akan masukkan Chinese input dalam iPhone dalam pelancaran Firmware 2.0. Ini adalah berita baik bagi pengguna iPhone yang berbangsa China.
Jadi, tunggu dan update iPhone anda kepada firmware 2.o ni.

USB Flash Drive Yang Pelik

Posted by ArqamIsmail | Tuesday, May 06, 2008 | | 3 comments »

Gajet-gajet kecik ni datang dalam pelbagai saiz. Biasanya dari 256MB hingga ke 16GB. Walaupun sesetengah orang hanya gunakan gajet ni untuk memindahkan file, tapi tak bermakna ia tak perlu fancy. Jom kita tengok.


Thumb Drive


Lego


Botol Sake (Arak Jepun)


Set Sushi


Tako Yaki


Teddy

Bunny


Chewbacca


Dim Sum Set


iDisk Diamond


iDuck

Link X-Change

Posted by ArqamIsmail | Friday, May 02, 2008 | 11 comments »

bad^frogg | nakira | kelat | nanonano | kucingterlalumuda | mr Am | blogmenjerit | bendaaneh | tarannum-download | DewiHati | shaxx | framestone | chrySalise | AlongArman | Munirah | DieyLa | idham | nana | selvaah | boooolaattt | rendah diri | filmasia | teknikpc | Kreuger | ecahkoop | mie | jalanjalanmakanmakan | komandotrg | Nabil Malaysia | Afdlin Shauki | de-malaysian | Anysz Sengalnerdz | MissNaem |