Ubuntu

Posted by ArqamIsmail | Thursday, May 22, 2008 | | 10 comments »

Tahukah anda apa itu Ubuntu? Aku pasti ramai daripada anda tak tahu kan? Ok, kat sini aku nak cerita sikit apa kejadahnya Ubuntu ni.



Pengenalan

Berasaskan kepada sistem linux dan bersumberkan Debian, Ubuntu merupakan sebuah sistem pengendalian atau sistem operasi komputer sebaris dengan Windows keluaran Microsoft dan
Mac OSX keluaran Apple. Nama “Ubuntu” berasal dari perkataan Zulu yang membawa maksud “Kemanusiaan Untuk Semua”. Tidak susah untuk mencari sebab mengapa nama “Ubuntu” berasal dari bahasa Afrika kerana pengasas Ubuntu merupakan kelahiran Afrika Selatan. Dia yang saya maksudkan ialah Mark Shuttleworth, seorang jutawan perisian yang mendermakan keringat, idea dan penajaan untuk sebuah sistem operasi percuma menerusi syarikat Canonical
kepunyaannya sendiri.



Sejarah
Ceritanya bermula apabila Mark Shuttleworth mengumpulkan penggiat perisian sumber terbuka sekitar tahun 2004 untuk membangunkan sebuah sistem operasi berasaskan linux yang baru. 6 Bulan kemudian, terbitlah hasil pertama mereka memakai nama Warty Warthog bernombor siri 4.10 yang melambangkan tahun (4=2004) dan bulan (10). Dalam tempoh 2 minggu sahaja selepas 4.10 dikeluarkan, Ubuntu mampu menarik sehingga 3000 pembangun dan penyumbang idea untuk memantapkan lagi versi seterusnya.


Janji

Pembangun Ubuntu berjanji:

  • Ubuntu akan sentiasa PERCUMA untuk versi released penuh dan update keselamatan.
  • Ubuntu dijamin dilengkapi dengan sokongan komersil oleh syarikat Canonical dan beratus lagi syarikat seluruh dunia.
  • Ubuntu mengandungi translasi dan kemudahgunaan infratruktur terbaik yang mampu ditawarkan oleh komuniti perisian percuma
  • Ubuntu akan hanya dilengkapi perisian percuma dan menggalakkan pengguna untuk menggunakannya disamping memperkenalkan lagi perisian percuma kepada umum.

Versi

Sehingga ke detik ini sudah 8 kali Ubuntu mengalami versi update. Antaranya ialah:


**Petikan ini dipetik dari E-Maj Ubuntu for Malaysian oleh http://melayubuntu.blogspot.com

***Untuk mendapatkan E-Maj Ubuntu for Malaysian, anda bolehlah download terus daripda blog Ubuntu diatas, ataupun :

E-Maj Ubuntu for Malaysian
Panduan Install Ubuntu

***Sama-sama kita memberi sokongan kepada penulis E-Maj tersebut. Semoga generasi Ubuntu akan bertambah di Malaysia.

10 comments

  1. Anonymous // May 23, 2008 at 1:44 AM  

    kalo pakai nih..x susah nak cari software ka?

  2. ArqamIsmail // May 23, 2008 at 2:00 AM  

    xsusah pun. senang. sngt senang. download list dari tenet. pelbagai jenis software ada. nak atau xnak jer. pastu, free plak tu.

  3. Anonymous // May 24, 2008 at 4:27 PM  

    @ubuntu : OS ni mmg syok pakai.. tp dalam byk2 linux, aku lebih suke pakai FC.. Aku ada gak pakai Ubuntu, tp xlama la.. untuk try jer..

    @Mark Shuttleworth : Dia ni mmg best bro.. Jauh beza ngan bill gate, dah kaya, lagi nak kaya.. klu la windows pon wat opensource camni mesti syok.. hahahaha..

  4. ArqamIsmail // May 24, 2008 at 5:16 PM  

    @Mr AM: ubuntu mmg best. fc aku cuba fc 5 jer dulu... hahahah... komputer aku xlarat nak masuk fc baru... tunggu aku tuka laptop la

  5. ♥نعمة السعده اسماعيل‎ ♥ // May 24, 2008 at 7:56 PM  

    erm.. ubuntu pn best.. tapi best lagi FC,,hikhik.. pnah try smpai FC6 je.. current version if i'm not mistaken..dh FC8 kot..
    jum try SuSe linux lak...kebanyankan org sedang migrate dr red hat server ke suse enterprise server...

  6. ArqamIsmail // May 24, 2008 at 10:21 PM  

    pergh, ni hebat ni...dah jauh...byk lg kne belajar nampaknya... rasa mcm baru jer merangkak, org dah berlari dah....lambatnya

  7. Anonymous // May 26, 2008 at 9:03 AM  

    biasalah tu setiap kali kita anggap kita dah tahu satu perkara mesti ada orang lain yang lagi tahu.

    seblum ni puin ada jugak kwn aku yg pakai linux untuk try je.

    Rata-rata aku tengok budak-budak skang ni guna windows je.

  8. ArqamIsmail // May 26, 2008 at 12:17 PM  

    Sekarang ni, byk company besar guna linux untuk server2. So, maknanyer, linux lebih bagus. Kita spatutnya blajar lg byk...

  9. Anonymous // May 28, 2008 at 9:45 PM  

    skrg dah FC9..

  10. ArqamIsmail // June 5, 2008 at 12:34 AM  

    nnt tunggu aku beli pc r baru bubuh fc lak. heheheh