Apa itu PDA

Posted by ArqamIsmail | Tuesday, May 27, 2008 | | 4 comments »

P

erancangan agenda dan waktu yang ditulis pada kertas sudah ketinggalan zaman. Sebagai alternatifnya, organizer elektronik yang disebut PDA (Personal Digital Assistant) digunakan. Memang sedikit leceh kalau untuk masukkan something dalam PDA, tetapi bila anda ingin mengubahnya, maka PDA akan menunjukkan kelebihannya. Pengelolaan data yang besar dapat dilakukan oleh PDA tanpa masalah, dengan adanya fungsi pencarian dan penyusunan alfabet. So, sebarang janji temu, contact atau alamat amat senang dicari. Itu adalah salah 1 fungsi yang paling penting dalam sesebuah PDA. Selain basic daripada basic function di atas,PDA juga dilengkapi dengan MP3 Player, Games, Internet browsing, Chatting, membaca E-book, kamera digital, ataupun menggunakan GPS.

Di pasaran PDA terdapat pelbagai jenis sistem yang digunakan pada PDA. Dimana ada PDA dengan input keyboard atau dengan input tulisan tangan(touch screen). PDA dengan input keyboard biasanya mempunyai fizikal yang lebih besar dibandingkan dengan PDA yang menggunakan metode tulisan tangan. Selain itu PDA juga menggunakan pelbagai jenis Operating System (OS), antara lain Palm, Psion, EPOC (Symbian), Windows Mobile, dan OS yang dibuat khusus (system operasi proprietary).


Sejarah

PDA pertama kali diperkenalkan oleh Psion, dengan Psion 1. Psion 1 dapat menyimpan alamat dan nombor telefon, mempunyai kalendar, jam dan kalkulator.

Kemudian Apple dengan Apple Newton Message Pad di awal tahun 1993. Walau masih cukup besar dan kurang selesa ditangan, ia merupakan perintis era PDA. Tetapi dalam perkembangannya Apple Newton tidak berjaya dipasaran, sehingga berakhir pada tahun 1996,

U.S. Robotic memperkenalkan Palm Pilot yang dalam waktu yang singkat dapat menguasai pasaran. Konsep dari Palm Pilot yang kecil, ringan dan OS mudah digunakan menjadi salah satu factor kejayaannya .

Selain itu Psion tidak mengalah dan mengeluarkan OS yang bagus iaitu (EPOC, sekarang Symbian) dan mempunyai fungsi lebih banyak jika dibandingkan Palm Pilot yang hanya difokuskan pada penggunaan perancangan (organizer). Dengan GUI (Graphic User Interface) dan fungsi mirip Windows sehingga pengguna senang menggunakannya.

Microsoft pun taknak kalah dengan mengeluarkan OS Windows Mobile sebagai OS PDA-nya. Pada Windows Mobile juga terbahagi atas dua jenis iaitu Windows Mobile Standard untuk smartphone dan Windows Mobile Professional untuk Pocket PC (touch screen).

Dalam semua jenis OS yang digunakan di PDA, hanya OS Windows Mobile-lah yang memerlukan lebih banyak memori dan prosesor yang lebih cepat. Hal ini kerana konsep yang diterapkan oleh Microsoft dalam membuat PDA seolah-olah PC. Sehingga Windows Mobile mempunyai fungsi hampir sama seperti kemampuan sebuah PC. Dimana pada Windows Mobile juga ada Pocket Office seperti Word, Excel, Outlook, Internet Explorer dan sebagainya.


4 comments

  1. RinG // May 28, 2008 at 12:36 AM  

    perghh, PDA, aku tgh target nk bli a ni, yang LG KS20 punya.. bleh main tenet sambil2 g klas.. bro, nak tanya, PDA yg ada gps ok x? maksudnya, gps dalam tu boleh harap ke? yg terer2 ke yg cikai2 je?

  2. ArqamIsmail // June 5, 2008 at 12:13 AM  

    PDA yg ada gps yg bagu aku tau ialah HTC TyTn II. best. design pun smart. gps tu depend la pada keperluan ko

  3. RinG // June 5, 2008 at 11:58 AM  

    bro, memang smart ah HTC TyTn II tuh.. aku da mula minat daah.. tp harga mahal lee!!! model htc ada kemungkinan ke nk drop harga? aku da la student jerk!

  4. ArqamIsmail // June 9, 2008 at 12:21 PM  

    standard la, barang baik, harga mesti la mahal.... htc kalu model jenis untuk basic model cam htc touch, harga cepat gak jatuh...tp kalu pro model cam tytn ii tu susah sket la... aku pun ngan geram ngan model tu...