Debat Isu Minyak

Posted by ArqamIsmail | Wednesday, July 02, 2008 | | 2 comments »

Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek tetap akan meneruskan hasrat untuk berdebat dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai harga minyak pada 15 Julai ini.

Menurutnya, beliau tidak akan berganjak dan tetap menerima pelawaan debat itu walaupun mendapat tentangan daripada pelbagai pihak.

Beliau menegaskan, sebagai Menteri Penerangan, adalah wajar baginya mempertahankan keputusan tepat kerajaan dalam menangani kenaikan harga minyak.

‘‘Apa salahnya saya mempertahankan tindakan kerajaan selain itu juga ini akan memberi peluang kepada rakyat untuk menilai sendiri apakah benar Anwar mampu menunaikan janji menurunkan harga minyak jika beliau memerintah,’’ katanya.

Beliau mengulas desakan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang menggesa Ahmad Shabery membatalkan hasrat berdebat dengan Anwar yang dijadual disiarkan secara langsung menerusi RTM.

Debat bertema “Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak” anjuran portal berita Agenda Daily dijadualkan diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini.

Ahmad Shabery dan Anwar telah mengesahkan penyertaan mereka dan debat itu juga mungkin disiarkan secara langsung oleh beberapa stesen televisyen.

Penyertaan dua tokoh tersebut telah disahkan oleh Pengarang Agenda Daily, Hanafiah Man.

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata, debat itu turut memberi peluang kepada seluruh rakyat untuk menilai hakikat sebenar janji-janji yang ditabur oleh Anwar.

‘‘Di sinilah rakyat akan mengetahui apa logiknya tindakan akan dilakukan oleh Anwar untuk menurunkan harga minyak sedangkan harga minyak mentah dunia semakin melonjak naik,’’ katanya lagi.

**Debat ni akan diadakan pada 15Julai di RTM secara langsung
**Sama2 kita saksikan. (Aku sokong "A" kot)
:ahaha:

2 comments

  1. Anonymous // July 2, 2008 at 11:20 PM  

    aku sokong penonton
    tak best tutup tv ~mengarut

  2. ArqamIsmail // July 2, 2008 at 11:39 PM  

    erk, aku sokong "A" -->> Aku...hahahah